Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Menteri Agama KampungKu : Jawatan Mufti Akan Dinaik Taraf Setara Exco Kerajaan Negeri

BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jawatan mufti akan dinaik taraf setara dengan Exco kerajaan negeri dan akan menerima faedah yang serupa diperoleh Exco.


Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) di Putrajaya hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri menteri-menteri besar, Exco agama dan Majlis Agama Islam negeri-negeri seluruh negara.
"Setaraf ini misalnya daripada segi taraf, protokol, penggajian, elaun serta kemudahan yang diguna pakai oleh Exco, kita mengangkat taraf mereka ini agar pengurusan pentadbiran agama dilihat dengan baik dan mempunyai penghormatan yang tinggi," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Beliau berkata proses naik taraf jawatan itu akan diuruskan di peringkat negeri dan akan dilaksanakan sebaik mendapat perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing.
Jamil Khir Baharom

Jamil Khir berkata turut dibangkitkan pada mesyuarat hari ini adalah cadangan supaya timbalan mufti negeri-negeri dinaikkan ke gred S54 berbanding pelbagai gred ketika ini sama ada S44, S48 dan S52.
Terdahulu, beliau menghadiri program Minda Menteri bersama para peserta siri kedua Diploma Pengurusan Islam di Institut Latihan Islam Malaysia di sini.-BERNAM

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.