Skandal PDRM: Gangster sponsor hari Polis (2)
editor1 | Apr 23, 2012 | Comments 1
Oleh: Veteran PrihatinSambungan…
Peliknya selepas bersara beliau dilantik pula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Tepat dan kena pada masanya apabila BERSIH mendesak Tan Sri Abd. Aziz Yusof meletak jawatan dari Suruhanjaya Pilihanraya. Jelas beliau bukan orang yang layak untuk menerajui Suruhanjaya Pilihanraya memandangkan ciri ciri integriti dan perwatakannya yang tercemar dengan penuh ketidakjujuran, penyangak, keji dan penipuan. Perlakuan Robert Phang juga menghina kedudukan KSU Kementerian Dalam Negeri yang sangat dihormati. Mentang mentang Tan Sri Abd. Aziz Yusof, mantan KSU boleh dibeli oleh Robert Phang, beliau juga menganggapkan bahawa Tan Sri Mahmood Adam juga boleh disogok sewenang wenangnya.
Siasatan keatas perlakuan rasuah Robert Phang telah dijalankan oleh SPRM, tetapi oleh kerana hubungan dan pengaruh rapat beliau dengan orang orang besar, SPRM terpaksa menggugurkan tuduhan terhadap beliau. Bergitulah angkara dasar pendakwaan memilih atau penindasan yang diamalkan oleh Pendakwa Raya Ghani Patail. Atau mungkin Ghani Patail takut bahawa Robert Phang akan mendedahkan segala kegiatan rasuahnya. Jika kesnya diteruskan sudah jelas banyak rahsia akan terbongkar dan tali barut tali barut Robert Phang akan didedahkan.
Sebelum ini Robert Phang telah mengancam pegawai polis yang menyelia projek Motorola supaya cepat meluluskan sistem rangkaian komunikasi yang dipasang supaya bayaran sepenuhnya kepada Master Plan Consulting dapat dijelaskan. Apabila pegawai polis berkenaan enggan meluluskannya seperti diarahkan oleh Robert Phang, kerana sistem tersebut tidak berfungsi, pegawai berkenaan telah diberi amaran yang beliau akan ditukarkan. Enam bulan kemudian amaran Robert Phang menjadi kenyataan apabila semua pegawai polis yang terlibat dalam projek Motorola tersebut telah ditukarkan oleh IG Ismail Omar ke jawatan yang tidak ada kaitan dengan kepakaran mereka.
Walaubagaimana pun IG Ismail Omar telah memaksa pegawai lain supaya meluluskan projek Motorola tersebut walaupun ianya tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan. Kini ianya menjadi gajah putih yang tidak boleh diguna. Pihak SPRM sewajarnya menyiasat perkara ini dan mengenengahkan mereka yang bersekongkol dengan Robert Phang. Ini menunjukkan betapa terpengaruhnya Robert Phang hingga beliau boleh memberi tekanan keatas IG Ismail Omar. Tetapi sebenarnya Robert Phang hanya menjadi orang suruhan Ta Kin Yan dan juga badan badan korporat lain yang ingin menggunakan ‘khidmat khas’ beliau. Sewajarnya Robert Phang di beri anugerah ‘Musuh Utama Negara’. Tepatlah kata pepatah orang bodoh senentiasa mencari orang yang lebih bodoh untuk ia dikagumi. Anihnya bagaimana orang yang lebih bodoh boleh jadi KPN?
Dikatakan hari ulang tahun ke 205 PDRM tahun ini telah disambut dengan bergitu gilang gemilang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur menjelang 25 Mac 2012. Ianya dimulakan dengan pertunjukan gemilang bunga api. Mascot harimau biru dilaporkan telah ditempah dengan harga RM1.2 juta dan keseluruhan perbelanjaan perayaan tersebut berjumlah RM8 juta. Majlis yang serba mewah ini telah memakan belanja yang bergitu besar disebabkan oleh persediaan yang bergitu lama selama dua minggu termasuk bayaran sewaan khemah berharga RM3 juta. Diketahui umum bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri atau pun pihak Perbendaharaan Malaysia sama sekali tidak akan meluluskan atau memperuntukkan sejumlah besar belanjawan untuk membiayai majlis yang serba mewah seperti ini lebih lebih lagi pertunjukan bunga api yang langsung tidak ada impak positif dalam hubungan polis dan orang ramai.
Persoalannya sekarang bagaimana pihak polis mampu membiayai majlis yang bergitu mewah? Kini ujud perbualan dikalangan pegawai polis bahawa majlis ulang tahun hari polis telah ditaja oleh sindikit haram yang dikepalai oleh Ta Kin Yan yang hendak membalas jasa polis kerana memberi perlindungan kepada kegiatan haram mereka. Juga dikatakan Ta Kin Yan telah membantu IG Ismail Omar membina rumah banglo di Shah Alam bernilai RM4 juta. IG Ismail Omar juga dilaporkan telah membeli satu lot tanah banglo yang bernilai RM1 juta berdekatan dengan PULAPOL. Secara umumnya sesaorang pegawai kerajaan, khasnya saorang KPN yang belum pun khidmat sampai dua tahun, jelas tidak mampu membeli sekeping tanah banglo bernilai RM1 juta.
Secara kesimpulannya 1% anggota polis yang rasuah yang dimaksudkan oleh IG Ismail Omar adalah beliau sendiri seperti pepatah Inggeris – ikan mula busok di kepala. IG Ismail Omar juga wajar dihadapkan ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk memberi penjelasan bagaimana wang tunai bagi tujuan operasi khas Cawangan Khas sejumlah RM20 juta telah lenyap. Oleh kerana wang ini adalah wang rakyat beliau wajar memberi penjelasan sama ada wang tersebut telah habis kerana berpoya poya atau pegawai dalam Cawangan Khas yang telah menyalahgunakannya.
Bercerita tentang polis rasuah, ada saorang yang tidak ada tandingannya didunia. The RM20 million cop! Itulah dia Ramli Yusof bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia yang mana menjadi KPN adalah impiannya sejak dahulu lagi. Tetapi impiannya hancur lerai apabila pihak SPRM menghadapkan beliau ke mahkamah diatas kes rasuah kerana beliau tidak dapat memberi justifikasi bagaimana beliau mampu memperolehi wang tunai dan aset yang bergitu banyak sebagai penjawat awam.
Walaupun telah bersara dari perkhidmatan, impiannya untuk menjadi KPN masih bermarak kerana Anuar Ibrahim, pemimpin de facto PKR, telah berjanji bahawa sekiranya beliau (Anuar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri, beliau akan lantik Ramli Yusof sebagai KPN. Sudah tentu ini ada muslihat besar Anuar Ibrahim sehinggakan beliau berjanji melantik Ramli Yusof sebagai KPN! Sebenarnya Ramli Yusoflah orangnya yang mendedahkan kepada Anuar Ibrahim bahawa IGP ketika itu-Tan Sri Rahim Nor- yang telah menumbuk beliau mengakibatkan mata beliau bengkak semasa ditahan di Bukit Aman. Tetapi sebaliknya pula Ramli Yusof yang telah mengarahkan saorang pegawai supaya menutup muka Anuar Ibrahim dengan kain dan kemudiannya menghasut Tan Sri Rahim Nor memukul Anuar Ibrahim. Semasa kejadian ini berlaku mereka yang menyaksikannya ialah Yaacob Amin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ketika itu dan Ramli Yusof sendiri yang merupakan Timbalan Pengarah JSJ ketika itu.
Sepatutnya Yaacob Amin dan Ramli Yusof wajar dituduh kerana menghasut bersekali dengan Tan Sri Rahim Nor kerana menyebabkan kecederaan keatas Anuar Ibrahim. Oleh kerana Tan Sri Rahim Nor telah mengaku salah diatas perbuatan itu, maka Yaacob Amin dan Ramli Yusof terlepas dari dituduh. Kalaulah kes ini berterusan dengan pembicaraan sudah jelas Yaacob Amin dan Ramli Yusof akan terlibat sama kerana melakukan jenayah bersumpah bohong atau melindungi perlakuan jenayah. Sebenarnya pertuduhan terhadap Yaacob Amin dan Ramli Yusof boleh diteruskan oleh Ketua Pendakwa Raya Ghani Patail kerana dalam kesalahan jenayah tidak ujud had masa.
Kini Ramli Yusof berpura pura menunjukkan yang beliau tidak bersalah dan telah dianiayai oleh SPRM. Kalau tidak impiannya untuk menjadi KPN sudah menjadi kenyataan. Ramli Yusof boleh jadi KPN.Tetapi sebelum beliau boleh menjadi KPN beliau wajar melihat dari dalam dirinya. Jika beliau tidak mampu mengurus tiga bekas isteri isterinya bagaimana pula hendak mengurus pasukan yang terdiri dari 120,000 pegawai dan anggota lelaki dan wanita. Bertaubatlah brother.
Ini adalah julung kalinya dalam sejarah 205 tahun, pihak PDRM telah menyimpang dari tradisinya mengadakan perbarisan resmi bagi memperingati hari ulang tahun polis yang lazimnya diadakan di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak Kuala Lumpur-suatu tempat nostalgia dimana pegawai polis dilatih untuk menjadi penguatkuasa undang undang. Tidak lama lagi ikon mercu tanda ini akan lenyap dari sejarah polis kerana setiap inci puast latihan ini telah dijual dan diswastakan kepada syarikat MKland untuk pembangunan komersial.
Dimasa yang lampau ramai pemaju telah cuba mengambil aleh satu satunya ‘ lombong emas’ yang tinggal di ibu Negara Kuala Lumpur. Mantan Menteri2 Dalam Negeri dan juga Perdana Menteri yang lepas telah menolak sekeras kerasnya sebarang percubaan oleh mana mana pihak swasta atau pemaju untuk mengambil tanah PULAPOL sebagai mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan anggota polis didalam mempertahankan kedaulatan Negara. Inilah tempatnya dimana pahlawan dan wira Negara dilatih untuk menentang ancaman komunis dan juga jenayah sehingga tercedera dan lumpuh. Namun kini ini semua telah berubah apabila Najib Razak memegang jawatan Perdana Menteri dengan RM (Rosmah Mansor) sebagai Perdana Menteri Kanan.
Sejumlah RM50 juta telah dibayar kepada RM sebagai jaminan bahawa PULAPOL akan dijual kepada MKland. Serupa juga dengan pengswastaan Pangkalan Tentera Udara Sg. Besi oleh 1MD. RM yang mendalangi penjualan Pangkalan Tentera tersebut. Oleh itu jika sesuatu kebuntuan tidak dapat diselesaikan, carilah RM. Beliau tahu apa nak buat. Kalau tidak takkan boleh beli cicin belian berharga RM70 juta. Ini semuanya rasuah dalam bentuk halus dan pihak SPRM tidak terdaya untuk menyiasat dengan memberi alasan mereka tidak mempunyai cukup bukti untuk tuduh. IG Ismail Omar pula nampakanya tidak ada bola untuk menentang atau mencegah apa yang dipanggil ‘Rogolan PULAPOL’ oleh tindakan keji orang orang yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan pengorbanan anggota polis.
IG Ismail Omar juga nampaknya telah hilang kawalan dan perintahannya dalam Pasukan. Beliau telah memperkenalkan dasar baru yang mematikan semangat pegawai rendah polis. Kesemua anggota pangkat rendah kini tidak berpuas hati terhadap dasar IG Ismail Omar yang membenarkan pengambilan pangkat Sarjan secara langsung dari kalangan bekas anggota tentera. Ini secara langsung melucutkan peluang satu ratus anggota polis berpangkat Kopral untuk dinaikkan kepangkat Sarjan. Tindakan ini serupalah dengan peribahasa Melayu ‘Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Wahai pahlawanku, sedar dan bangkitlah untuk menentang kecurangan dan durjana ini. Masa depan Negara dan Pasukan adalah ditangan anda. Janganlah ditipu. Biarkan sibodoh berkelakuan dungu seperti Pa Pandir dengan labu labunya. Biarkan. Biarkan.
Bercerita tentang sidungu, IG Ismail sepatutnya sedar bahawa beliau juga telah menaikkan pangkat sidungu sebagai Ketua Polis Negeri. Seperti yang dijangka Ketua Polis Perak, DCP Shukri Dahlan telah mencemar amanah yang diberikan kepadanya. Sepertimana peribahasa Melayu alah biasa kekal biasa dan kalau anjing tak makan tahi, dapat hidu pun jadilah. Semasa beliau menjadi Ketua Polis Terengganu dahulu beliau menjalin hubungan sulit dengan pegawai wanitanya yang dianggap dayang dayangnya untuk menghiburkan beliau selepas waktu pejabat. Beliau telah diberi nasihat supaya berkelakuan baik seperti mana yang diharapkan sebagai pegawai atasan polis.
Apabila beliau ditukarkan ke Perak sebagai Ketua Polis beliau terus dengan perangainya mengekploitasi pegawai pegawai wanita bagi memuaskan nafsunya. Malangnya pada 11 Apr 2012, beliau telah diberkas oleh pegawai penguatkuasa majlis agama Islam Pahang kerana berkhalwat dengan saorang Inspektor wanita polis di dalam bilik hotel di Cameron Highlands. Inspektor wanita ini bertugas sebagai Pegawai Staf bersama sama DCP Shukri Dahlan di Ibu Pejabat Polis Negeri, Ipoh, Perak. Perbuatannya serupalah peribahasa Melayu ‘Seperti haruan makan anak’.
Agak pelik bagaimana ‘haruan’ seperti ini diberi amanah dan kepercayaan untuk memerintah empat ribu anggota dan pegawai dibawahnya. Itulah PDRM kini. Belum selesai lagi bagi IG Ismail Omar mengatasi pemasalahan moral dikalangan pegawai atasannya, timbul pula cerita yang Ketua Polis Kedah DCP Ahmad Ibrahim mempunyai skandal kerana menjalin hubungan sulit dengan isteri salah saorang pegawai kanannya. Jika KPN pincang dari segi rasuah, Ketua Ketua Polis beliau juga pincang dari segi moral. Jadi jangan salahkan orang ramai jika mereka tidak percayakan polis untuk membanteras jenayah, apa tah lagi bagi melindungi anak anak gadis, isteri, cucu perempuan atau pun nenek mereka.
Sumber: Malaysia Today
0 orang berkata:
Post a Comment