Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sumber sahkan Shafee menghadiri persidangan perundangan, bukan ‘misi rahsia’

April 24, 2012
 


KUALA LUMPUR, 24 April — Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah telah menghadiri perbincangan perundangan di Sydney minggu lalu, bertentangan dengan dakwaan beliau melakukan “tugasan sulit” melibatkan perdana menteri dan isteri, jelas sumber kepada The Malaysian Insider.

Menurut sumber berkenaan, peguam terkemuka Umno itu telah menyampaikan ucapan berkenaan kegiatan pengganas Jumaat lalu, pada hari pertama Persidangan Serantau Perundangan Peguam Pertubuhan Komanwel (CLA) di Pusat Konvensyen dan Pameran Sydney.

“Dia berucap! Hari pertama, sesi kedua,” kata sumber itu melalui khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Semakan terhadap program online CLA  mendapati sesi kedua pada Jumaat lalu membincangkan topik “Perundangan dan Prinsip Komanwel - Keganasan, Undang-Undang Darurat, dan Hak Asasi Manusia.”

Nama Shafee (gambar) bagaimanapun tidak disenaraikan di samping dua speaker yang berucap berkenaan topik berkenaan, namun sumber tersebut berkata kepada The Malaysian Insider, peguam itu diletakkan di “saat-saat akhir”.

Semakan lanjut terhadap laman web CLA menunjukkan namanya termasuk dalam senarai mereka, beserta biodata lengkap, sebaris dengan speaker jemputan yang lain.

Kehadiran Shafee di persidangan tersebut menimbulkan lebih banyak persoalan terhadap dakwaan beliau melakukan “tugasan perundangan sensitif” bermula 1 hingga 25 April dengan perjalanan ke bandar besar di serata dunia seperti New York, London, Dubai, Paris dan Basel, di Switzerland.

Apabila disoal berkenaan perkara itu semalam, peguam itu menolak dakwaan tersebut dan mendakwa ia hanyalah “tuduhan tidak berasas” namun tidak memberikan butiran lanjut berhubung perkara itu.

Dakwaan itu telah disuarakan oleh Saifuddin Nasution di Parlimen pada 17 April yang mengatakan Shafee telah diarahkan oleh Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan terbabit.

Surat bertarikh 23 Mac, yang mana mendakwa Shafee telah menangguhkan segala kes antara 1 hingga 25 April, telah dialamatkan kepada Ketua Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Namun surat kedua, yang juga daripada pejabat Shafee, ditimbulkan hari berikutnya, kali ini mendakwa Shafee perlu menghadiri persidangan perundangan di Sydney bermula 18 hingga 22 April.

PKR menuntut Najib memberikan penjelasan sekiranya Shafee terlibat dengan “misi rahsia” di luar negara dan mempersoalkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene oleh pihak berkuasa Perancis.

Laporan media sebelum ini melaporkan Najib terlibat dengan perjanjian RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene dengan pihak berkuasa Perancis, yang mana turut dikaitkan dengan pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Altantuya pernah mendakwa kekasih pertamanya Abdul Razak Baginda, dikatakan rapat dengan Najib, dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua anggota Skuad Tindakan Khas — Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar — kerana melakukan pembunuhan pada 2006 itu.

Minggu lalu, bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu berkata kepada pemberita di Petaling Jaya beliau menawarkan dirinya sebagai saksi bagi kes perbicaraan rasuah kapal selam berkenaan, dan mendakwa testimoninya bakal “merungkai persoalan” antara kematian anaknya dengan kes Scorpene.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.