Tarikh PRU: Najib ada sebab tersendiri, kata Mahathir
6 Disember 2012
BENTONG – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sebab
tersendiri untuk tidak mengumumkan tarikh pilihan raya dalam waktu
terdekat.
Menurutnya, antaranya kemungkinan Najib khuatir negeri dikuasai parti
lawan tidak membubarkan dewan serentak dengan pusat seterusnya
mengadakan pilihan raya berasingan.
“Apabila tarikh PRU diumumkan terlalu dekat dengan tempohnya, negeri di
bawah pembangkang terpaksa bubar dewan mereka sama dengan Kerajaan
Pusat.
“Justeru, pilihan raya akan diadakan bersama dan kemungkinan sebab
itulah Najib tidak umumkan tarikh pilihan raya buat masa ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Program Bicara Tokoh dan Menteri Besar
Pahang Bersama Pemimpin Koperasi Daerah Bentong di Dewan Orang Ramai
Felda Kemasul, Bentong.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pegawai
Daerah Bentong, Datuk Toantowee Mohd Lotfie dan Ketua Sektor Pembangunan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Mohamad Jaapar Muhayat.
Dalam perkembangan sama, Mahathir berkata, orang Melayu merupakan
golongan majoriti negara ini kerana mewakili 60 peratus, namun berlaku
perpecahan.
Menurutnya, dahulu orang Melayu berpecah kepada dua sahaja iaitu Umno
dan Pas, namun kini berpecah kepada tiga apabila wujud PKR.
“Kini orang Melayu jadi golongan minoriti kerana berpecah dan terpaksa
bergantung kepada orang lain untuk menang. Jika Umno nak bergantung
kepada Umno sahaja, kita tidak boleh menang menyebabkan perlunya bantuan
daripada orang bukan Umno,” katanya.
Mahathir berkata, ahli Umno tidak boleh sombong dan perlu berdamping
dengan rakyat untuk terus meraih sokongan pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, ahli Umno dinasihatkan tidak berpecah-belah dan menyokong sesiapa sahaja calon diketengahkan parti.
“Yang nak menang adalah parti. Jika Najib menang seorang pun, tidak boleh juga tubuhkan kerajaan.
“Justeru, ahli Umno perlu bersatu dan merapatkan barisan untuk
mendapatkan dua per tiga kerusi dengan kerjasama parti komponen Barisan
Nasional lain,” katanya.
Mahathir berkata, semangat ahli semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 lalu
ternyata cukup baik dan ia diharap dapat diterjemahkan dalam bentuk
sokongan kepada parti supaya dapat menang pada pilihan raya akan datang.
- Ahmad Saifullah Razali · Subscribe · Top Commenter · UthmNajib bakal jadi PM paling sekejap dalam sejarah Malaysia
- Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
- Mat Pahang MyDenan samseng takut hilang telinga..kikiki
- Yang Reti Base · Top CommenterKalau kamu orang berman, wahai Mahathir, mengucaplah kamu banyak-banyak. Tarik nafas panjang-panjang. Berlapang dadalah kamu. Insaflah, kembalilah kamu kepada Allah sebelum kamu dikembalikan-Nya pada bila-bila masa sahaja!
- Nazriaziz Alsheikh · Top Commenter · Pemulung Hati dan Jiwa Rakyat Marhaen at BangsakuTetiba sahaja Mamak Kutty ni buat kunjungan kempen ke Bentong. Hahahahaha....tahu sebabnya??? Mamak Kutty kesian dengan Denan Samseng. Denan Samseng diancam akan kehilangan telinga dan hilang di sg Pahang. Maka tersipu-sipulah Denan Samseng jemput Mamak Kutty sebagai talian hayatnya. Hahahahahahahahahahahaha..
................hak tuih...!!! - Rambo Shukur · Top CommenterMELAYU BERPECAH ADALAH PADA ZAMAN TUN JD PM DAN PENGERUSI BN...S46,PKR,TU BELUM TEMASUK SABAH DAN SERAWAK,PERPECAHAN INI ADALAH HASIL DARI KEEGOAN TUN MEMERINTAH...MEMANG TUN BERJASA PADA NEGARA,TP TUN JUGA MENYEBABKN RAJA2 HILANG IMUNITI,KEHAKIMAN SMPAI TUBUH TRIBUNAL,DAN MCM2 LAGI,SEKARANG MASA UNTUK TUN BEREHAT DAN BERAMAL,JGN LAH JD NUJUM YG MENIMBULKAN GUNDAH PADA PEMERINTAH DAN JUGA PEMBANGKANG...UDAH2 LA TUN...
- Kojak Jak · Top CommenterBUKAN APA SIMAMAT NI NK BAGITAU YANG NAJIB NI BELACI DIA,JADI SURUH RAKYAT BENTUNG SOKONG SI NAJIB NI,SENANG MAMAT KUTTY NI KAUT UNTUNG LAGI KAT RAKYAT
- Moero Attack Moero Attack · Top Commenter · Lenggongsudah sudahlah mahathir..bawak bawak bertobatlah..ingat tikar sembahyang..ingat lubang kubor, otang mcm ko tu iabarat kata pepatah rumah kata pergi kubur kata mari.tak habis2 dok buat fitnah dok cakap mbohong sana sini...air liur ko tu dah tak laku...org dah tau ko tu kaki pembelit.Dulu sebelum aku ngaji agama aku sokong bebenor ko tun Tapi sekarang haram aku nak sokong...nak tengok muka ko pun aku getik...ko memang kaki temberang...
- Engr Zamakhsyari Khariri · Top CommenterMelayu tidak berpecah. Yang berpecah UMno. Najib ada sebab tersendiri kerana takut dan sudah berasa akan kalah. Dan sekurang-kurangnya ini masa tempoh untuk beliau mengemaskini dan melarikan fail-fail sulit serta mendapat gaji PM semaksima mungkin.
- Akmal Muhyedden · Top Commenter · SM Selayang Barumamak mathir masih laku dan diperlukan berbanding Najidtuya...... pi bentong mintak sokongan ke mathir... hehehehe, denan mintak tolong sbb takut hilang telinga... sbb mulut mathir jadi mangsa kehulu ke hilir.....
- Panduanweb Pro · Top CommenterVideo Izzah Kantoi Meroyan.. ==> http://tinyurl.com/
IzzahKantoiFitnah2 - Nurul Izzati · Top Commenter · Works at Studentsbb najib tek beli telur lg.. eh Tun, sejak bila jd penerangan UMNO tak rasmi ni? hehe Tun2... dh takut lah tu..
- Mohd Nozani Ghazali · Top Commenter · Boss at Uncle zaini kateringPerpecahan orang melayu tidak berlaku sebelum tun jadi PM, kalau ada pun hanya perbezaan fahaman politik antara pas dan umno saja tapi selepas peristiwa memali dan peristiwa parti umno diharamkan serta pemecatan bekas2 timbalannya mulalah ianya menjadi kudis dan seterusnya menjadi barah hingga ke hari ini, tun kena terima hakikat orang melayu sekarang bukannya benci sesama bangsa tapi benci dengan pemimpin umno yang pentingkan diri sendiri serta juga kroni2nya.setengah pemimpinnya sombong angkut seperti MB adnan dan ramai lagi.
- Nazriaziz Alsheikh · Top Commenter · Pemulung Hati dan Jiwa Rakyat Marhaen at Bangsaku
2 orang berkata:
cheap ray bans
ralph lauren outlet
coach outlet online
los angeles lakers jerseys
nike shoes
mbt shoes
michael kors handbags
ugg outlet
oklahoma city thunder jerseys
nike huarache
zzzzz2018.9.4
skechers outlet
moncler uk
uggs outlet
pandora charms
nike chaussure femme
nike tn pas cher
longchamp handbags
true religion outlet store
ralph lauren uk
canada goose jackets
Post a Comment