Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Selangor tutup kamera AES esok
RUWAIDA MD ZAIN
6 Disember 2012
AES
Sistem AES
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri akan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan  berhampiran jalan Bangi ke Cyberjaya esok.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan melakukan dua peringkat sebelum menanggalkan kamera tersebut iaitu menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan di samping menutup kamera itu agar tidak berfungsi.

“Peringkat pertama tulis surat sudah lepas, peringkat kedua kita sarungkan kamera supaya tidak berfungsi, kemudian kita tulis lagi surat.

“Jika dalam dua minggu, tiada sebarang respons atau permohonan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan barulah kita membuat keputusan menanggalkan tiang tersebut supaya tidak boleh digunakan lagi,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Kuasa (Watikah) Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor 2012/2014 semalam.
 
Abdul Khalid berkata, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebelum ini sudah beberapa menulis surat kepada kementerian terbabit tetapi  tiada sebarang maklum balas diterima.
“Yang Dipertua MPSepang menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan untuk memperbetulkan proses permohonan mendirikan AES dan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Malangnya surat-surat tersebut tidak dijawab, dalam kata lain, tidak diendahkan,” katanya.
Kelmarin, Kerajaan Negeri menyifatkan kamera AES dipasang sewenang-wenangnya dan tidak mengikut pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) seperti dijelaskan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menegaskan bahawa pemasangan dua kamera AES di negeri tersebut didakwanya tidak dipasang di lokasi ‘hot spot’ kemalangan.

Beliau berkata, kedua-dua kamera tersebut berada di kawasan Sepang dan kini telah diberikan notis oleh PBT, MPSepang dalam tempoh 14 hari untuk mengemukakan Kebenaran Merancang atau berdepan dengan tindakan dicabut.

 
 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.