Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DOSA DAPAT DAN RAKYAT BERTAMBAH BENCI

[Wajib Lihat] Sebab ini juga Umno wajib ditumbangkan!!

Submitted by on December 24, 2012 – 5:38 pm
ANAK Dihalang Masuk Jengka 21

Dari Jengka 23, Kembara Oren meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Jengka 12.
Memandangkan waktu solat asar sudah hampir masuk ketika itu, Kembara Oren bergerak menuju Masjid Felda Jengka 21 untuk menunaikan kefardhuan itu.

Tiba di pintu gerbang Jengka 21, sepasukan wanita dipercayai dari cawangan Umno tempatan bersama seorang lelaki dengan sebuah jentera berat telah bersiap-sedia untuk menghalang Kembara Oren dari menggunakan laluan dari pintu gerbang itu untuk ke masjid.

Tidak mahu sebarang kejadian buruk berlaku, Kembara Oren beralah dan meneruskan perjalanan untuk ke masjid Jengka 12 pula.

Paling lantang menghalau Kembara Oren adalah seorang lelaki warga emas yang dipercayai seorang peneroka Felda Jengka 21.

Lelaki tersebut seolah-olah terkena sawan ketika menghalang Kembara Oren dari masuk untuk menunaikan solat asar di masjid dalam penempatan mereka.

Sekalipun diterangkan berkali-kali oleh pihak Kembara Oren bahawa tidak ada apa2 aktiviti dirancang di situ melainkan mereka masuk hanya semata-mata untuk ke masjid menunaikan solat asar, warga emas ini tetap tidak mempedulikannya.

Warga emas ini bertempik dan memaki, malah hampir-hampir tercetus pergaduhan dengan seorang lagi warga tempatan yang mempersoalkan tindakannya menghalang orang ramai menuju ke rumah Allah.

Kecekapan pihak petugas keselamatan Kembara Oren mengawal keadaan menyaksikan warga emas ini dapat ditenangkan akhirnya.

Bagaimanapun beliau didengari masih bertempik-tempik ketika Kembara Oren bergerak ke Masjid Jengka 12 pula.

Edytorial: Inilah hasil pembodohan Umno… Mengapa ada suatu pihak yang tidak membenarkan suatu kampung/mukim/kawasan itu dimasuki pihak lain? Simpati kepada pakcik dan makcik ini kerana telah diracuni doktrin negetif selama berpuluh tahun dan akhirnya dipergunakan…
Sebab ini juga Umno wajib ditumbangkan!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.