PRU13: Fauzi Shaari yakin tawan Larut
12 Disember 2012
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang sebelum ini disebut-sebut calon bertanding kerusi itu juga melahirkan keyakinan mampu menang berdasarkan sokongan padu pengundi di kawasan tersebut.
Fauzi berkata, beliau akur dengan kehendak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Larut.
“Saya istiqamah dengan perjuangan dan tidak kisah siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di Parlimen Larut).
"Rakyat kini sudah sedar dan yakin perjuangan PR ke Putrajaya untuk menubuhkan kerajaan yang adil bagi membela semua kaum dan golongan tanpa pilih kasih," katanya pada ceramah anjuran Pas Cawangan Batu Enam, di sini, kelmarin.
Menurutnya, beliau dan pucuk pimpinan kini juga yakin dengan sokongan padu rakyat juga pengundi Larut kepada Pas serta PR.
“Kita memberi jaminan jika PR memerintah negara, bahasa Melayu akan kekal menjadi bahasa rasmi negara, di samping menghormati bahasa lain.
“Manakala agama Islam akan kekal agama rasmi dengan pengisian lebih menyeluruh, selaras kehendak perundangan Islam,” katanya.
Bersemangat pada ceramah berkenaan, Fauzi juga menegaskan PR akan memastikan hak istimewa orang Melayu terjamin, malah akan dimartabatkan dalam pelbagai bidang tanpa meminggirkan bangsa lain.
Beliau berkata, tuduhan bahawa Pas menggadaikan nasib orang Melayu adalah fitnah. “Yakinlah, orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini jangan khuatir atau bimbang memilih Pas serta Pakatan pada PRU13 untuk memerintah negara dengan adil, berkebajikan, di samping memacu ke arah negara maju,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya, PR mempunyai perancangan teliti bagi membela nasib dan kesejahteraan rakyat dalam semua bidang di samping memajukan negara untuk memberi manfaat kepada semua golongan.
“Hutang negara kini kian bertambah hingga mencecah lebih RM500 bilion, dengan setiap rakyat negara ini, kecil dan besar, lelaki dan perempuan dibelenggu hutang RM17,000 setiap seorang termasuk bayi yang baru lahir keranakeborosan pihak tertentu.
“Kerajaan Pakatan akan membawa negara keluar dari jebakan hutang negara yang begitu besar,” katanya.
Fauzi berkata, perjuangan PR tidak mengutamakan kroni dan berusaha mengembalikan keunggulan undang-undang, termasuk undang-undang Islam yang didapati banyak dikelirukan pihak berkepentingan termasuk isu berhubung pelaksanaan hukum hudud.
“Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin terutamanya yang bergelar ulama untuk memberi kefahaman kepada rakyat bukan beragama Islam bahawa hudud adalah baik bagi mendisiplinkan masyarakat,” katanya.
- Mohdfaidzal Jamaludin · Top Commenter · Kolej sains kesihatan bersekutu sg bulohalahai superman bercakap...nak ubah macam2...takut kena sabotaj dengan orang sendiri jer...
- Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria klaku doakan datuk menang di karut...
aku juga doakan umno kalah dimana saja
masa tamat untuk umno...TANPA UMNO NEGARA SELAMAT...- Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
- Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
- Syed Munir · Top CommenterSeronok baca cerita mcm mana Raja Petra tolong nuar brahim jatuhkan Hadi Awang dulu..alahai PAS..alahai nuar brahim..
http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/ 53259-the-journey-in-life-i s-never-a-straight-line-pa rt-15 - Nik Mustapa · Top Commentersabotaj tu hanya pada parti syaitan dikenali aje,sebab perangai syaitan,klu parti pejuang islam sapa2 pun kita sokong...takbir!!!!
- Sungai Rapat · Top Commenter · UTM (Universiti Teknologi Malaysia)Habis menantu Hadi Awang nak letak mana?
- Pak Atan · Johor BahruRamainya bekas pegawai kerajaan sertai PR.Yang masih kat dalam tu berilah sokongan dlm diam.
- Syukri Amri · Top Commenter · Murabitun at NGoBN UMNO DAH PENING GAJAH DAN LALAT BIRU. SEMUA RAKYAT BANGKIT NAK KERAJAAN BARU
- Niza Vira · Pengawas SPBT at Sk seri taman kluang baratBuat lawak pula dia ni..PR tu parti anak beranak yang semua ada jawatan tertinggi dalam parti..awak tu yang kena perdaya dengan mereka
- Ishak Hock Abdullah · Open University MalaysiaTak sangka orang pas ni cakap besar, mukin dia tk kena labi dengan kura,sbelum pru13 dh bual besar,
- Ahmad Amran · Top Commenter · UPMJanji la macam macam selum dapat jawatan, dulu masa jadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah nape membisu.. tido aje tak buat keje, makan gaji buta.....mana la nak dapat pos yga baik2 berelaun tinggi..... BIASA LA ORANG PENCEN YANG KECEWA.
- T-Shirt Islamik OnlineSalam, kami ada menjual koleksi t-shirt berbentuk dakwah. Sila layari page kami di Facebook T-shirt Islamik Online untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
link to FB page:
http://goo.gl/dP4ZK
- ~lu sembang nanti wa sengat ! ~bt lawak ke ape .. haha .. kuat angan .. Korang mesti tengok ni! http://bit.ly/122j3KW
- Amy Ara Yaniiya ke?????????
- Mohamad Nazri Bakar · Top Commenter · Works at Modenasdatuk pauzi ni memang kacang lupa kulit,semasa dlm kerajaan balun duit kaw2,bila dah pencen masuk pembangkang lepas tu balun duit pencen yg kerajaan bagi lagi,,..
1 orang berkata:
michael kors outlet online
yeezy boost 350
asics running shoes
kobe shoes
reebok outlet
cartier bracelet
lacoste polo
light up shoes
nike mercurial
air max 2017
Post a Comment