03 November, 2013
Kempen Paling Biadap Oleh BN Di Sg. Limau.. Saksikanlah
Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perbuatan
menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak
kerja BN Dun Sungai Limau sebagai perbuatan yang tidak wajar dan
berakhlak.
Beliau menegaskan, perbuatan penuh provokasi itu bukan sahaja tidak
wajar bahkan ia hanya akan mengguris lagi perasaan keluarga Allahyarham
Tan Sri Azizan Abdul Razak.
"Saya tidak tahu pihak mana yang bertanggungjawab, tapi satu perbuatan tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak beradab.
"Perbuatan itu merupakan akan terus mengguris hati keluarga seperti mana
ucapan timbalan perdana menteri sebelum ini yang mengguris hati orang
yang telah bersama Allahyarham Tan Sri Azizan selama lima penggal,"
katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas
Sg. Limau, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perbuatan
menggantung patung kaki yang menyerupai bekas wakil rakyat kawasan itu
berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.
Perbuatan tidak bermoral itu juga mendapat perhatian serius daripada
Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila satu
laporan polis telah dibuat pada siang tadi.
"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku,"
katanya. Menurut sumber BN, patung-patung kaki itu digantung berhampiran
khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau
dekat sini.
Dalam pada itu, Mahfuz menambah, Pas menyerahkan kepada pihak berkuasa
untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, bagi menjaga nama baik
parti itu daripada perbuatan sabotaj dari pihak lawan. ~sh








0 orang berkata:
Post a Comment