Patung kaki: BN buat laporan polis
YAN - BN hari ini membuat laporan polis berhubung patung-patung
provokasi yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja parti
itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menerima laporan terdapat patung kaki berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.
"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," kata Ahli Parlimen Jerai itu dalam sidang media khas di Bilik Gerakan BN di Sungai Limau Dalam dekat sini hari ini.
Beliau berkata, menurut sumber parti patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau Luar dekat sini.
Difahamkan patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz', seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.
Jamil Khir berkata, BN menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, selain menolak dakwaan yang perkara itu merupakan perbuatan sabotaj kalangan ahli parti itu sendiri.
Beliau dalam pada itu merayu masyarakat Dun Sungai Limau termasuk anggota jentera BN berwaspada akan sebarang strategi berbentuk serangan atau provokasi menjelang waktu-waktu terakhir kempen Pilihan Raya Kecil kawasan itu yang akan diadakan Isnin ini.
Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mencabar calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat untuk kerusi Dun Sungai Limau yang kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Azizan meninggal dunia pada 26 September lepas. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment