WarkahDaily -- YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat hari ini
sah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mewakili kawasan
Dewan Undangan Negeri (DUN) N20 - Sungai Limau yang dimenangi beliau
dalam Pilihanraya Kecil (PRK) yang diadakan 4 November lepas ekoran
kematian penyandangnya Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak.
Pagi ini Ustaz Mohd Azam mengangkat sumpah sebagai ADUN di
DUN Kedah sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kedah ke-13 (Mesyuarat Bajet 2014) yang bermula hari ini hingga
20 November 2013.
Ustaz Mohd Azam mengekalkan kerusi yang dimenangi PAS menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.
Anak didik bekas MB Kedah Ustaz Azizan itu memperolehi 12,069 undi manakala calon BN mendapat 10,985 undi.
--WarkahDaily


0 orang berkata:
Post a Comment