Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
20 November 2013
0 Pendapat
Pemuda PKR (AMK) menyelar kenyataan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan fahaman “liberal demokratik”, yang menurut NGO itu akan membawa Malaysia ke arah negara tiada agama.

Timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi berkata, kenyataan Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman itu berniat jahat, terkepung dalam ideologi tajaan PERKASA dan sekadar mengulangi pandangan perkauman yang jumud.

Malah, menurut Najwan, ia boleh mencetuskan sentimen agama dan perpecahan kaum.“Apa yang jelas adalah, Abdullah Zaik sendiri tidak memahami kerangka liberal dalam konteks yang menyeluruh,” kata Najwan.

Dalam kenyataannya hari ini, Najwan juga berhujah, kritikan Abdullah Zaik terhadap Buku Jingga dinyatakan tanpa menyebut komitmen bersama Pakatan Rakyat untuk mempertahankan perlembagaan, Islam sebagai agama rasmi dan melindungi keistimewaan Melayu.

Berhubung dakwaan Institut Kajian Dasar (IKD) pimpinan pimpinan pusat PKR Khalid Jaafar, mempromosikan fahaman liberal secara terancang, Najwan menafikannya.

“IKD sebagai sebuah institusi pemikir bukan sekadar mengangkat wacana liberal sebagai tema perdebatan bahkan turut mempromosi aliran pemikiran Islam klasik dan kontemporari sejajar dengan pergulatan pelbagai isu dan krisis pemikiran, sosial dan budaya di negara ini,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.