Sunday, November 3, 2013
Gandingan mantap terajui kepimpinan Dewan Pemuda Pas Perak sesi 2013-2015
Pemuda
Pas Perak telahpun membuat pemilihan mereka bagi memilih pucuk pimpinan
yang baru bagi sesi 2013-2015 hari ini di Ipoh Tower Regency, Ipoh.
Muktamar
Tahunan Dewan Pemuda Pas Perak yang telah dirasmikan oleh Ketua Dewan
Pemuda Pas Malaysia, YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi hari ini
menyaksikan keputusan pemilihan yang bercampur-campur.
Sebelum
ini, dikatakan terdapat dua kumpulan yang berentap merebut
jawatan-jawatan tertinggi dewan. Namun, keputusan yang diumumkan oleh
Pengerusi Tetap Muktamar, Dr Nuri Al Amin petang ini menyaksikan
gabungan dua kumpulan tersebut bagi meneraju sesi baru dewan tersebut.
Keputusan Kepimpinan Dewan Pemuda Pas Perak bagi sesi 2013-2015 adalah seperti berikut:-
Ketua
Pemuda: Dr Raja Iskandar Al-Hiss berjaya mengalahkan penyandang, YB
Ustaz Ahmad Zawawi Hassan dengan memperolehi majoriti 7 undi. Dr Raja
Iskandar 104 undi manakala Ustaz Zawawi 97 undi.
Timbalan
Ketua Pemuda: Juga dengan majoriti 7 undi, Ustaz Akmal Kamaruddin
berjaya mengatasi pencabarnya dengan 104 undi, Saudara Salman Saleh
mendapat 97 undi.
Naib
Ketua Pemuda: Ustaz Khairi Jamaluddin (108 undi) yang merupakan
penyandang jawatan ini telah berjaya mengekalkan kedudukan beliau dengan
majoriti yang selesa dan besar, 15 undi mengatasi Ustaz Nazri Din (93
undi).
Exco-exco Dewan Pemuda Pas Perak:
Ustaz Hafez Sabri - 186 undi
Mohd Aidil Aziz - 130 undi
Ustaz Azmin Basya - 126 undi
Ustaz Ismi Mat Taib - 125 undi
Mohd Faizal Puait - 123 undi
Ustaz Akmal Sani - 110 undi
Ustaz Fakhrurazi Mokhtar - 110 undi
Ustaz Fairuz Hafiz - 106 undi
Hakim Mohd Nor - 104 undi
Ustaz Anuar Murad - 101 undi
Semoga
dengan keputusan pemilihan kali ini, Dewan Pemuda Pas Perak bakal
menggegarkan persada politik tanahair dan negeri Perak ini khususnya.
Dan
diharapkan agar agenda tarbiyyah diletakkan disenarai teratas agenda
dewan bagi mengukuhkan jatidiri ahli-ahli pemuda yang merupakan pelapis
bagi kepimpinan parti di masa hadapan.
Ucapan
takziah saya ucapkan kepada seluruh exco yang telah terpilih kerana
kalian telahpun diamanahkan untuk menggalas satu tugasan yang amat
berat, yang akan diperhitungkan dihadapan Allah Taala kelak.



0 orang berkata:
Post a Comment