Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Usahawan rumpai laut terima pengiktirafan antarabangsa

November 20, 2013
Kabilah (tengah) bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) di majlis penganugerahan di Bangkok, hari ini.Kabilah (tengah) bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) di majlis penganugerahan di Bangkok, hari ini.
 Usahawan rumpai laut, Kabilah Hassan menerima pengiiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan Anugerah Ikon Digital Kuasa Transformasi Jalur Lebar 2013 oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Anak jati Kunak, Sabah itu menerima anugerah itu sebagai pengiktirafan atas kejayaannya mentransformasikan perniagaan rumpai laut secara konvensional kepada suatu usahaniaga dalam talian.

“Saya gembira dengan keputusan ITU untuk memberikan anugerah kepada Kabilah.
Ahmad Shabery berkata, anugerah tersebut membuktikan usaha kerajaan selama ini dalam memajukan dan menaik taraf teknologi maklumat untuk dinikmati semua rakyat berbaloi.

"Kisah kejayaan hidup seperti Kabilah meyakinkan kita segala usaha yang dicurahkan selama ini adalah berbaloi dan membuktikan segalanya mungkin dengan jalur lebar," katanya.

Kabilah memulakan perniagaan dalam talian dua tahun lalu selepas bimbang kemampuan untuk menyediakan makanan kepada keluarganya, ditambah pula dengan ketidaktentuan cuaca yang boleh menjejaskan perniagaan rumpai laut yang diceburinya.

Ahmad Shabery berkata, perkhidmatan jalur lebar dan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)  merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar selain peningkatan taraf hidup penduduk menerusi inisiatif seperti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan Kampung Tanpa Wayar (KTW).

Pada Ogos tahun ini juga, Kabilah terpilih antara lapan usahawan dalam talian cemerlang, menerima Anugerah Usahawan Diperkasa Jalur Lebar 2013 (Anugerah BEE 2013) yang dianjurkan SKMM, mengiktiraf pencapaian cemerlang usahawan kecil yang berjaya membangunkan dan mengubah perniagaan konvensional mereka kepada "dalam talian". - 20 November 2013.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.