Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dah tua-tua nih begitu la, jadi otak udang


Selasa, 7 Januari 2014

DARAH PESERTA HIMPUNAN AMAN TURUN HALAL? : Pemuda PAS Lenggong Buat Laporan Polis.

LENGGONG: 7 Jan – Pemuda PAS Kawasan Lenggong membuat laporan polis berhubung kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak Tan Sri Dato’ Sri Harussani Zakaria  baru-baru ini.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Muhammad Rifaat Razman Al-Hafiz, 27, beliau yang mewakili anggota Pemuda PAS Lenggong, bertindak membuat laporan polis kerana berpendapat bahawa kenyataan dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani tidak tepat dan dibimbangi akan menyebabkan berlakunya pertumpahan darah keatas rakyat dan umat Islam di Negara ini.

Memetik laporan wawancara yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 5 Jan lalu, Tan Sri Harussani mempertahankan kenyataannya didada akhbar Berita Harian pada 2 Jan berkaitan hukum ‘Bughah’ dan melabelkan peserta himpunan aman TURUN dihalalkan darah mereka untuk dibunuh.

Menurut Ustaz Rifaat, kenyataan Tan Sri Harussani itu tidak tepat kerana perhimpunan yang diadakan itu adalah perhimpunan aman yang dijamin oleh perlembagaan Persekutuan menurut perkara 10 akta himpunan aman. Dan sepatutnya kedudukan beliau sebagai seorang mufti yang dihormati lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan umum, kata Ustaz Rifaat.

Pemuda PAS sangat khuatir mengenai kenyataan dikeluarkan mufti itu akan menyebabkan masyarakat menyalah tafsir kenyataan itu adalah fatwa daripada seorang mufti dan ianya juga boleh memberikan kesan buruk kepada kepada masyarakat dan rakyat di Negara ini untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta menimbulkan ketegangan kepada orang-ramai. Sedangkan tidak ada mana-mana peruntukan undang-undang di Negara ini yang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu. Jelas Ustaz Rifaat.


Demi kepentingan dan keselamatan rakyat yang rasa tidak berpuashati dengan mengadakan himpunan aman berikutan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup. Dewan Pemuda PAS Kawasan Lenggong menyuarakan kebimbangan berlakunya kejadian buruk diatas kenyataan berbaur hasutan dikeluarkan oleh Tan Sri Harusani untuk menimbulkan suasana tidak aman di Negara ini. Dan meminta pihak polis membuat siasatan segera bagi meredakan keresahan orang-ramai pada ketika ini.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.