Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS AKAN BERTANDING SEMUA KURSI ?


JIKA PERCATURAN DEMIKIAN MAKA PAS TERPAKSALAH BERTANDING DI SEMUA KERUSI DI MANA PKR DAN DAP BERTANDING, ERTINYA JIKA ADA ANGIN UNTUK MEMBOIKOT PAS MAKA UNDI PAS TERPAKSA BAGI PADA BN MAKA PR AKAN KALAH DAN BN AKAN MENANG - Pak Karamu

5/08/14


PAS sukar jika p'raya baru di S'gor


MP Shah Alam, Khalid Samad menjangkakan PAS Selangor akan berada dalam "keadaan sukar" sekiranya pilihan raya negeri terpakasa diadakan untuk menyelesaikan kemelut menteri besar Selangor.



Beliau menjangkakan demikian kerana PAS dilihat menyokong agar Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar – satu pendirian yang turut dikongsi Umno.



"Bacaan saya memang sukar khususnya bagi PAS kerana pada masa itu kita akan dilihat bersama Tan Sri Khalid dan Umno.



"Pada masa itu, memang susah buat PAS," katanya.



Seorang MP DAP pada akhir bulan lalu meramalkan bahawa PAS mungkin akan hanya berjaya menguasai tiga hingga lapan kerusi DUN, berbanding 15 yang dimenangi dalam pilihan raya umum ke-13.



Ia berdasarkan kiraan bahawa PAS kehilangan antara 15 hingga 25 peratus sokongan bukan Melayu, kata Tony Pua.



Malah, dalam keadaan paling baik sekalipun, PAS mungkin kehilangan tujuh daripada 15 kerusi – jika ia berjaya mengekalkan sokongan pengundi Melayu dan juga jika sokongan bukan Melayu hanya berkurangan sebanya 15 peratus.



Katanya, beliau antara lainnya menjangkakan PAS hilang sokongan di Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Ya.. Dia dok ramal pas hilang kerusi je. Dap juga akan hancur. Tak ada melayu sokong dap. Pkr dijangka lagi teruk. Mungkin hilang semuanya..

Anonymous said...

Bagi BN mng baru padan muka kena kifarat. DAP pun hidup.sbb org melayu sokong ja di bwh pakatan. Cuba la pecah kalau berani.

Anonymous said...

Ini semua kerja peminpin dulu yang terlampau pandai,nak merdeka cepat dengan setuju syarat2 yang ditetapkan british/landon,akhirnya anak2 melayu bertelagah sampai kiamat... Banyak sangat perjanjian,perjanjian pangkor la,perjanjian bunga emas dan akhirnya inilah kesan sosiopolitik berpanjangan... Mengaji saja pandai tapi tak cerdik sebenarnya.. MALAYSIAKU....sampai bila...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.