• Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin mengadakan sidang media berkenaan isu politik Selangor di Ibu Pejabat Keadilan, di Petaling Jaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin mengadakan sidang media berkenaan isu politik Selangor di Ibu Pejabat Keadilan, di Petaling Jaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
1 / 1
PETALING JAYA - PKR Selangor menyatakan kesediaan berdepan pilihan raya mengejut jika ia terpaksa dilakukan bagi mendapatkan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya juga yakin dapat mengekalkan kerajaan Selangor di bawah PR.

"Kami juga berbincang tentang pilihan raya mengejut itu. Kami PKR Selangor bersedia sekiranya sampai ke tahap itu kita harus berdepan.

"Insyaallah kita berkeyakinan kita dapat kekalkan kerajaan negeri Selangor di bawah PR," katanya yang juga Ketua Wanita PKR pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Ketika ditanya kemungkinan undi bakal berkurangan sekiranya diadakan pilihan raya mengejut, Zuraida meminta agar soalan itu ditanya kepada Pas Selangor.

"Menurut kenyataan Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP), kemungkinan besar Pas akan rugi besar.

"Jadi kena tanya Pas sama ada mereka bersedia menerima untuk menerima (keadaan itu)," katanya.

Sementara Ahli Parlimen Selayang, William Leong berharap Pas akan mengambil keputusan yang sewajarnya.

"Tapi kita berharap, penerangan yang telah diberi secara bertulis kepada pemimpin Pas bahawa mereka mendapat penjelasan yang penuh, mereka akan mengambil keputusan yang sewajarnya.

"Akhirnya, ada 43 Adun yang sokong penukaran dan ganti menteri besar. Dengan itu tidak ada pemilihan parti," katanya.