Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

apabila usia dihujung senja, maka keluarlah dia dari umno. MASUK PERKASA ?

Datuk Mohd Nakhaie Ahmad Isytihar Keluar UMNO.


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno suatu ketika dahlu hari ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan melalui Facebooknya, "Saya bukan Umno lagi".

"Mengapa saya harus keluar dari Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.

"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.

Penyataan Nakhaie dibuat sehari selepas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah tidak lagi bersama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Nakhaie meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden PAS dan menyertai Umno pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990 selepas berbeza pendapat dengan presiden PAS ketika itu, Yusof Rawa.

Sebelum itu, beliau lari meninggalkan negara ekoran Operasi Lallang yang membawa kepada tangkapan besar-besaran terhadap pemimpin pembangkang.

Ketika di dalam PAS, beliau adalah individu bertanggungjawab menubuhkan Harakah yang sehingga kini menjadi media rasmi PAS.

Nakhaie juga menubuhkan Chiness Consultative Council (CCC) untuk dijadikan jambatan antara orang Cina dan PAS pada 1982.

PAS kehilangan pemikir besarnya apabila Nakhaie meninggalkan PAS diambang PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah memenangi semula Kelantan pada 1990. – 21 Ogos, 2014. -TMI-

2 orang berkata:

Anonymous said...

Tiada APA beza...bahkan Perkasa..lebih buruk........APA salah kalau masuk PAS...

Anonymous said...

Hidup menjadi kosong apabila duduk dlm dunia lagha...menyembur minyak wangi dlm tong taik tidak berkesudahan...siapa2 nak masuk umno kena fikir masak2

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.