Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BALIK KE ZAMAN ADAM DAN HAWA ?

Friday, August 8, 2014

Wanita Terkejut Suaminya Adalah Adik Kandung Sendiri..

 

Seorang wanita tidak menyangka pertemuan semula dengan ibunya yang telah meninggalkannya ketika berusia setahun, bukan membawa kegembiraan sebaliknya membawa berita yang lebih mengejutkan.

Rupa-rupanya wanita itu, Adriana, 39, baru mengetahui bahawa dia sebenarnya berkahwin dengan adik lelakinya sendiri, Leandro, 37.

Semuanya berlaku apabila Adriana dan Leandro ditinggalkan oleh ibu mereka, dan kedua-duanya dibesarkan oleh orang lain.

Adriana dan Leandro, yang sudah berkahwin selama tujuh tahun dan memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun, tidak pernah mengenali antara satu sama lain selama ini dan ditinggalkan ketika masih bayi.

Namun pada masa sama, mereka juga cuba mengesan ibu mereka yang dikenali sebagai Maria.

Tetapi tanpa disedari mereka mencari orang yang sama.

Adriana yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan lalu bertemu dengan dengan Lenadro selepas perkahwinannya gagal.

Mereka hanya mengetahui mengenai perkara sebenar minggu lalu selepas Adriana menghubungi sebuah stesen radio untuk mengesan ibunya.

“Saya tidak percaya apa yang anda katakan di sini bahawa Leandro adalah adik saya,’’ katanya sambil meraung ketika pertama kali ditemubual dalam stesen radio berkenaan pada hari ibunya Maria dikesan.

Bagaimanapun semalam, Adriana dan Leandro memberitahu mereka akan menetap bersama dan tidak akan berpisah meskipun sudah disahkan sebagai kakak dan adik.

“Hanya kematian yang akan memisahkan kami. Selama ini saya menganggap ia sesuatu yang melucukan apabila nama ibu kami adalah sama dan menyifatkan ia sebagai kebetulan sahaja,’’ katanya.

Sumber: Mynewshub.my

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.