Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIAR SULTAN TENTUKAN, TUGAS PAS SELESAI

TUGAS PAS SUDAH SLESAI, NANTI APABILA SULTAN BERTANYA MENGAPA HANTAR NAMA SEORANG SAHAJA ? NANTI PKR JAWAB, MEMANG PR DAH SETUJU HANTAR SEORANG SAHAJA, BUKANKAH BETA SUDAH CAKAP DENGAN HADI HANTAR DUA NAMA ? HADI SUDAH SEBUT HANTAR DUA NAMA, DALAM MASALAH INI SULTAN AKAN NAMPAK HADI TIDAK AMANAH, HADI JUGA KENA, JADI ELOKLAH PAS JANGAN LAGI CAMPUR DALAM MASALAH JAWATAN MB INI, TUGAS PAS MENYOKONG CALON SUDAH SELESAI, BIARLAH MAJLIS PAKATAN RAKYAT PULA YANG JAWAB, KALAU NAK BERPELOHPUN BIAQ PI LA DEPA BERPELOH, JIKA BENAR KENYATAAN DIBAWAH - Pak Karamu

 

Tuesday, August 19, 2014

Ketua Pemuda PAS dedah sebab PAS namakan Azmin sebagai calon MB


Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendedahkan keputusan partinya mengemukakan nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon alternatif menteri besar Selangor adalah disebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah mengadap Sultan Selangor dan dinasihatkan menghantar dua nama calon.

Suhaizan berkata PAS tidak pernah mengkhianati Pakatan Rakyat (PR) seperti yang dituduh terhadap parti Islam ketika kemelut menteri besar di Selangor minggu lepas.

"Presiden PAS mempunyai hubungan agak baik dengan istana Selangor.

"Pada Syawal keempat, beliau dititah mengadap Sultan. Hasilnya, presiden membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata sekiranya PAS mahu mengkhianati PR, mereka boleh menamakan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri tersebut dengan membelakangkan DAP dan PKR.

"PAS boleh sahaja mengemukakan nama dari ahli partinya sendiri sebagai alternatif kepada Dr Wan Azizah.

"Namun atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, keputusan itu tidak mungkin dibuat oleh PAS," katanya.

Menurut Suhaizan, pemilihan nama Azmin dipertimbangkan selepas presiden PAS bertemu dengan Sultan.

"Atas pertimbangan tersebut, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin (selepas Dr Wan Azizah) sebagai alternatif," katanya.

Mengenai empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang masih bersama dalam pentadbiran Khalid, beliau menyifatkan langkah tersebut bagi mempertahankan kerajaan PR Selangor.

"Niat PAS adalah baik untuk menyelamatkan kerajaan Selangor sebelum menteri besar yang baru dilantik.

"Minimum exco dalam kerajaan Selangor adalah empat orang maka PAS menggalas peranan ini," katanya.

Mengenai kritikan terhadap keikhlasan PAS dalam PR, Suhaizan memberi jaminan mereka akan sentiasa bersama dalam menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Atas semangat inilah, saya dengan penuh rendah diri menyeru rakan-rakan dalam Pakatan dan seluruh rakyat yang mendokong serta menyokong Pakatan Rakyat, usah ragu dan curiga dengan PAS.

"Kita akan mempertahankan pakatan ini demi berhadapan dengan Umno-BN untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Krisis menteri besar Selangor belum berakhir, bagaimanapun PR sudah mencapai keputusan bersama untuk bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Dr Wan Azizah sebagai calon menggantikan Khalid. 

Kesetiaan dan komitmen PAS sebelum ini dipersoalkan selepas enggan menyatakan pendirian, bagaimanapun Ahad lalu kemelut tersebut selesai selepas PAS membuat keputusan kekal bersama PR tetapi mengemukakan nama Azmin sebagai nama kedua calon menteri besar Selangor selain Dr Wan Azizah lapor The Malaysian Insider

1 orang berkata:

Anonymous said...

DARI AWAL LAGI KITA SUDAH NAMPAK PR BUKANLSH MENGAMSLKAN DEMOKRASI. IA SAMA MACAM BN. KENAPA JAWATAN MB SELANGOR MRSTI DISETAH PADA PR SEDANGKAN MAJORITI ADALAH PAS N DAP. BAGAIMANA JIKA SUATU HARI NANTI PKR HANYA ADA SATU KERUSI SAHAJA. ADAKAH MASIH DISERAH PADA PKR JUGA.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.