Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DENGAN LAIN PERKATAAN KO CUBA KATA KO DIPERANGKAP PKR ?

Thursday, August 21, 2014

Saari Sungib jelas sebab beliau hadir sidang media PKR, bukan untuk sokong Wan Azizah katanya..


Wakil rakyat PAS Saari Sungib menjelaskan, kehadirannya pada sidang media bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, kata ADUN Hulu Kelang itu, beliau menandatangani akuan berkanun (SD) yang antaranya menyokong Azizah kerana ia sudah didraf awal sedemikian rupa.

"Objektifnya ialah nak nafikan dakwaan Tan Sri Khalid yang mengatakan beliau ada (sokongan) majoriti (ADUN). (Bagaimanapun) sifat undang-undang SD itu berbentuk begitu, iaitu menarik sokongan dari Tan Sri Khalid dan sokong Wan Azizah.

"Bagi saya, Wan Azizah atau tidak, yang penting saya nak cukupkan 30 ADUN (yang tolak Khalid) itu. Oleh kerana (ADUN) DAP dan PKR (sahaja) tak cukup, jadi saya masuk," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Saari sebelum ini hadir dalam sidang media itu bersama seorang lagi ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib), yang menyebabkan disiasat parti Islam itu kerana membuat pendirian sebelum jawatankuasa pusat PAS bermesyuarat.

Majlis Syura, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini menyokong Khalid kerana tidak nampak keperluan beliau ditukar.

Keputusan itu bagaimanapun berubah selepas mesyuarat jawatankuasa pusatnya 17 Ogos lalu dan selepas PKR memecat Khalid.

PAS kemudian menerima pencalonan Azizah di samping mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Tindakan terhadap Saari dan Hasnul kini dilapor ditangguhkan sehingga menunggu kemelut pentadbiran negeri itu selesai.

8 orang berkata:

Anonymous said...

ayoyo... alasan... propa saja....

FIT said...

Dia dah lupa statement dia yang pertama..... Janji Yb lah kan

Anonymous said...

Mungkin dia ni yang yb.teng(bks.esko) refet to." Melayu pas munafik"

Anonymous said...

Keyboard warrior ramai. Pantang ada posting provokasi.

Anonymous said...

Keyboard warrior ramai. Pantang ada posting provokasi.

Anonymous said...

Adun yg belagak alim tetapi berdarah pengkhianat ! Berambus lah dari Ulu Kelang , Kami2 yg mengundi beliau pd PRU13 terlalu meluat dan loya dgn tindakan beliau membelakangi majlis sura .Pergilah bersama pengkhianat2 PKR tu!

Anonymous said...

Lidah panjang.

Anonymous said...

lalang ngan biawak ni wajib dinyahkan dari PAS.. pecat segera.. biar la PKR ambil makhluq ni. Kalau PAS kekalkan makhluq ni dalam parti... terbukti la PAS parti yg tadak integriti...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.