Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, August 22, 2014

Darul Babi - Cina Islam Berstatus Datuk Belasah Ustaz Cina Kerana Terlebih Melayu

Kena faham bahawa masuk melayu hanya berlaku jika beristerikan perempuan melayu. Masuk cina jika beristerikan perempuan cina dan masuk india jika beristerikan perempuan india sahaja. Selalunya masuk melayu, cina dan india ni berlaku pada waktu malam sahaja.

Pertama sekali saya ucapkan tahniah kekanda Dr Ridhuan Tee yang dipilih Allah untuk menjadi orang yang beriman sehingga memeluk agama yang diredai Allah. 
Seterusnya semasa dia beragama Islam dia menjadi orang yang berjawatan dan berlulusan tinggi apa lagi dikenali. 
Sering keluar wajahnya di kaca televisyen seperti artis. Sebut saja Ridhuan Tee siapa tidak kenal. Orang buta pun kenal suaranya.

Namun saya tidak lupa untuk mengucapkan takziah kepada beliau yang sering mengeluarkan kenyataan melampau sehingga bagi saya merosakkan pandangan orang bukan Islam kepada Islam yang dia dan saya anuti sekarang.
 
Setiap kali kenyataannya keluar sangat menggambarkan apa yang dilakukan nenek moyangnya sendiri sesuatu yang semuanya mengancam dan membahayakan orang lain khususnya di negara yang memiliki etnik berbagai bangsa seperti Malaysia ini.

Saya sering bercakap dalam kuliah khutbah dan ceramah iaitu saya hanya masuk Islam dan bukannya masuk Melayu. Bangsa mustahil akan berubah bila kita masuk Islam. Ia anugerah Allah kepada setiap manusia yang lahir ke dunia ini.

Mengamalkan cara dan budaya Melayu yang tidak bercanggah dengan Islam tidak salah malah bukan pasport hingga kita berubah menjadi Melayu.
 
Tetapi bila masuk Islam dikatakan sudah jadi Melayu, ia adalah ajaran sesat yang ditanam seolah-olah islam itu milik Melayu yang mesti dinyahkan di bumi tercinta ini. 
Sama juga dengan Ridhuan Tee cuma masuk Islam dan kanda masih berbangsa Cina lagi. Sedarlah kanda masih berbangsa Cina lagi.

Berhubung dengan kenyataan berkaitan darul babi beberapa hari lepas saya sesungguhnya sangat tersentuh. 
Jujur saya katakan apalah salahnya ternakan babi kalau ia sudah ditata dengan sebaik mungkin dan boleh mengelakkan pencemaran dengan teknologi canggih dan sebagainya. 
Biarlah dia diternak kerana ia adalah makanan sekelompok masyarakat Cina yang berhak ke atas makanan itu di negaranya sendiri. Takkan untuk membeli babi kena ke negara lain untuk membelinya.

Adakah kerana babi diharàmkan Islam untuk umat Islam dan apa saja yang diharamkan untuk umat Islam melayakkan kita menghinanya. 
Sesungguhya Islam tidak pernah mengajar penganutnya menghina sesiapa pun walaupun melibatkan orang bukan Islam.

Islam adalah agama dàkwah dan penganutnya punya tanggungjawab menyebarkan kepada orang lain supaya mereka juga selamat daripada azab Allah kelak. 
Setelah kita mengajak terserahlah kepada Allah untuk berikan hidayah kepada mereka kerana hidayah adalah hak Allah.

Bercakap tentang babi bila ditanya kepada saya adakah kamu pernah makan babi sebelum masuk Islam saya tanpa malu menjawabnya, ya saya makan sehingga setahun sebelum masuk Islam pada 1985. 
Bila ditanya lagi kenapa saya makan babi pada masa itu dan kenapa orang Cina makan babi saya akan menjawab kerana sedap. Maaf cakap kalau tidak sedap siapa pun tidak mahu makan.

Namun bila di ambang ingin memeluk Islam dan apa lagi selepas saya masuk Islam saya sudah tidak makan babi sesesuai dengan larang Allah. Setiap yang mengandungi unsur babi saya benci dan haram memakannya termasuklah coklat Cadbury.

Sebenarnya kalau ada yang mengejek tentang babi apa lagi datang daripada seorang yang berbangsa Cina ia satu tragedi dan bagi saya semacam menghina bangsanya sendiri. 
Adakah Ridhuan tidak meyedari hakikat ini. Adakah kerana sudah masuk Islam melayakkan ia menafikan semua adat budaya dan makan bangsanya sendiri?

Malah menghinanya sekali. Walaupun hasrat dalam tulisannya tidak jelas sebenarnya namun tulisannya menimbulkan pertentangan antara kaum dengan mengapi apikan sikap kebencian antara berlainan bangsa. Ini dilarang Islam.

Apa masalah sebenarnya kerana saya pun selama berada di China 3 tahun di Guangzhou merasa selesa bila setiap hari mahu ke pasar mesti melalui deretan jualan daging babi. 
Malah kadang-kadang bimbang ada percikan tulang atau daging ke arah badan kita. Semasa menjadi Adun bila melawat pasar awam Parit Buntar saya pun tidak meninggalkan tempat jualan babi yang letakkan bersebelahan dengan pasar ikan. Saya masuk ke dalam bertanya khabar kepada mereka dan mereka selesa menerima kehadiran saya.

Semasa berkempen di Kuala Kangsar seingat saya 3 kali saya melangkan masuk ke dalam ruangan pasar yang menjual daging babi untuk berkempen. Cuma jagalah diri kalau mereka ingin bersalam tentunya mesti ditolak dengan baik. 
Malah mereka pun tidak mahu bersalam dengan kita dalam keadaan tangan baru memegang daging babi. Petugas yang mengekori saya di kalangan orang Melayu terpaksa masuk bersama walaupun mereka nampak tidak selesa.

Tinggalkanlah jauh-jauh sikap dan kenyataan yang boleh melagakan sesama bangsa. Tidak ada yang untung malah merugikan. Marilah kita hidup harmoni tanpa rasa prejudis kepada bangsa lain apa lagi hak bangsa sendiri.

Selagi ada orang Cina selagi itu babi akan ada untuk menjadi makanan mereka. Hak di sini termasuk menternak. menjual dan memakannya. 
Dan jangan sesakali melabelkan hanya Cina sinonim dengan babi kerana banyak lagi bangsa lain yang makan babi. Yang melarang memakan babi dan seluruh komponennnya hanyalah Islam.
Lihat rancangan masakan di Astro ada di kalangan bukan Cina mengajar masak daging babi dengan pelbagai menu yang nampak lazat.

Selamat hidup dalam sebuah negara yang aman damai dengan saling menghormati bangsa lain apa lagi bangsa sendiri. – 22 Ogos, 2014.
* Datuk Khalil Idham Lim @ Lim Chuan Hing ialah pembaca The Malaysian Insider.


* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan lusuka.com.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/isu-darul-babi-oleh-ridhuan-tee-idham-lim#sthash.blvzJpsz.dpuf

2 orang berkata:

Anonymous said...

orang pndai agama ni bila dia sokong je mana2 parti politik demokrasi,agama yg dia bawa jadi rosak...ridhwan tee ni dia pro umno,dia pro umno yg umum tau mereka sgt terpalit dgn bermacam2 tuduhan/keraguan tapi dia backup gak..telah beri kesan pada agama yg dia bawa..nampak x kesan jalan politik demokrasi ni pada agama?hehe..sama mcm org pandai agama tapi pro pas..keputusan mesyuarat pas menghormati/x menyanggah anwar lantik bini sendiri jadi mb hehe..lepas tu nak buat hudud mcm nak buat ampaian baju lak kena tanya izin raju,abu dan ahseng dulu kat parlimen dan kat pru..hehe..ada beza umno dan pas?saya seru pada semua sedara semuslim, buanglah rasa taksub pada tiap mereka,tak kira parti...

Anonymous said...

Riduan Tee ni x pernah makam nabi. Dulu dia makan khinzir..

Sbb itu otak dia fikir mcm khnzir. Mssuk islam tp lebih melayu drp melayu sbb malam2 dia punya punai masuk dlm melayu.

Nak hidup, kn soking umnobn gila2. Baru blh jd snr lecturee. Klu x, sampai mati la mamat Tee ni jd moderator TV1.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.