• Halimah Halimah
1 / 1
SHAH ALAM - Tindakan meneruskan tugas dan bekerjasama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bermakna Exco Selangor dari Pas ingkar dengan keputusan parti itu.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, beliau dan rakan Exco Pas yang lain hanya menjalankan tanggungjawab mereka.

“Saya akan terus bekerja dengan Abdul Khalid sebagaimana arahan parti sebelum ini, kemudian berserah kepada parti dan titah Tuanku Sultan Selangor mengenai kedudukan (exco) selepas ini," katanya ketika ditemui di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini keempat-empat Exco Pas itu sedang menunggu pucuk pimpinan parti PR untuk membentangkan perkara itu kepada sultan.

Beliau akui ketika ini tidak ada masalah untuk mereka bersama Abdul Khalid atas dasar sebagai anggota exco selain patuh kepada pucuk pimpinan parti.