Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kenyataan Rasmi Anwar Ibrahim Isu Tukar MB Selangor Khalid Ibrahim.

Pendirian Anwar tak semestinya mewakili pendirian aku. Tetapi aku sekadar memberikan peluang kepada semua pihak untuk menilai maklumat dan penjelasan dari kesemua pihak sebelum membuat kesimpulan sendiri.

Baca lah ;
Banyak telah diperkatakan semenjak beberapa minggu lalu akan kemungkinan pecahnya Pakatan Rakyat akibat pergeseran di antara KEADILAN dan PAS berkenaan dengan pilihan calon Menteri Besar Selangor.
Ingin saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon Menteri Besar. Sebaliknya, PR boleh dan akan hanya berpecah sekiranya ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan.
Atas prinsip-prinsip inilah Pakatan Rakyat dizahirkan sebagai sebuah kerajaan alternatif untuk rakyat. Prinsip-prinsip ini juga telah dicabuli oleh kerajaan BN ketika ianya berkuasa pada lima dekad yang lalu.
anwar1Keputusan PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 telah menunjukkan dengan jelas bahawa perjuangan PR yang berpaksikan di atas prinsip-prinsip ini telah diterima baik oleh rakyat yang rata-ratanya mengharapkan sebuah kerajaan yang bersih, berprinsip dan bersungguh-sungguh dalam membela kepentingan rakyat.
Dalam usaha murni ini, gabungan Pakatan bersama dengan semua yang menyokong usaha ini telah bersama-sama menggembleng tenaga pada PRU ke-13 dalam menghadapi cabaran amat hebat untuk terus memberikan harapan kepada rakyat Malaysia. Usaha kita tidak sia-sia, kerana kita telah memenangi jiwa dan minda majoriti pengundi Malaysia walaupun kita dihalang daripada membentuk sebuah kerajaan.
Perkara penting yang perlu difahami adalah sebuah pakatan pembangkang yang kuat telah berjaya menekan kerajaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mengekang sebahagian daripada keborosan mereka. Bagaimanapun, perjuangan untuk sebuah kerajaan yang benar-benar bersih dan telus masih perlu diteruskan.
Kekuatan ini tidak boleh dibina atas dasar keinginan dan impian semata, lebih bahaya lagi sekiraya kekuatan ini dilandaskan dengan perasaan curiga, dendam dan irihati. Ianya perlu dibina atas iltizam dan kenyakinan, dan inilah kekuatan yang telah mendorong rakan kongsi PR untuk berjuang bersama-sama pada PRU 13 yang lalu.
Justeru, kita perlu menyatukan kekuatan ini untuk terus kekal bersama dan terus menolak sebarang percubaan untuk memecahbelahkan kita. Setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama. Kegagalan untuk menghormati dan menunaikan kewajipan ini bakal memaksa kita membuat beberapa keputusan yang sukar.
Persefahaman akan hak lantikan MB Selangor telahpun wujud di kalangan pimpinan PR, sepertimana KEADILAN juga telah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri lain. Persefahaman ini wajib dipatuhi.
Kita yakin bahawa isu MB Selangor ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat Pakatan Rakyat, samada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihanraya.
Namun begitu, tidak ada sebarang keperluan untuk mengadakan pilihanraya kerana Barisan hanya ada 12 kerusi di kalangan 56 kerusi DUN dan PRU-13 hanya diadakan kira-kira 15 bulan yang lalu.
Walaubagaimanapun, sekiranya pilihanraya terpaksa dilakukan, Pakatan telah bersedia untuk menghadapi para pengundi dan berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita.
Kita juga bimbang akan nada perkauman dan perpecahan yang disuarakan oleh segelintir pimpinan kecil Pakatan yang jelasnya mencabuli nilai-nilai asas PR. Kami berpendapat bahawa tindakan disiplin yang sewajarnya perlu diambil ke atas golongan ini.
Rakyat perlu diyakinkan bahawa sekiranya beberapa keputusan sukar perlu dibuat, ianya akan dibuat hanya setelah mengambilkira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat. Samada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil, kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik.
Jaminan kita adalah bahawa kita tidak akan sesekali menyimpang daripada nilai-nilai asas dan kita akan terus memastikan kepentingan rakyat tetap didahulukan.
Kita yakin dan percaya bahawa peristiwa ini akan terus mematangkan dan memperkasakan kita. Rakyat telah menaruh kepercayaan kepada kita dan kita wajib memastikan kita wajar dipercayai dan kepercayaan rakyat jangan kita khianati.
Walau apapun yang bakal berlaku, Pakatan, bersandarkan tekad rakyat, akan terus bertahan! Insya Allah!
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau la boleh biarlah peminpin melayu sahaja bertanding dimalaysia ini..semua melayu,semua kaum yang lain hanya undi sahaja.. seperti di indonesia... Setuju..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.