Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

lakonan selangor, perak yang jawab

Jumaat, 1 Ogos 2014

Pemuda PR tidak akan benarkan BN tersenyum

Sudah sampai masanya untuk PR membuktikan bahawa PR mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis.

perak_pakatan_300PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Rakyat Perak menyeru kesemua ahli Pakatan Rakyat (PR) untuk bersatu dan bertegas, supaya tidak membenarkan Barisan Nasional (BN) dan Umno bahagia dengan krisis yang melanda PR.

Menurut Ketua AMK Perak, Zafril Mohd Eusoff sudah sampai masanya untuk PR membuktikan bahawa PR mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di hadapan mereka.

“8 Mac 2008 merupakan satu hari yang bersejarah untuk negara di mana rakyat telah mencatat tsunami politik dalam sejarah negara kita. Hari tersebut turut membawa suatu makna yang istimewa bagi negeri Perak.

“Pimpinan negeri ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR pertama kalinya duduk bersama-sama dan bersetuju untuk menubuhkan satu kerajaan negeri campuran dan sejurusnya membuka satu landasan politik baru untuk perkembangan politik berdemokrasi,” katanya dalam satu kenyataan bersama Ketua DPP  Perak, Raja Iskandar Al Hiss dan Ketua DAPSY  Perak, Wong Kah Woh.

Jelas Zafril lagi pada tarikh itu juga, PAS dan PKR dapat menubuhkan kerajaan negeri di Kelantan dan Kedah tanpa wakil daripada DAP serta DAP dan PKR  pula mampu menubuhkan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor tanpa kehadiran wakil PAS.

“Tanpa situasi di negeri Perak di mana DAP memenangi 18 kerusi, PKR memenangi tujuh kerusi dan PAS memenangi enam kerusi, tidak akan lahirnya PR selepas penubuhan kerajaan campuran negeri Perak.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Utk slmtkan pr perlu kerjasama dan menghormati pandangan masing2. Bincang dgn baik dgn tghh knp beliau sokong khalid. Terangkan dgn jelas knp khalid perlu berundur. Blogger2 jgn sibuk apikan2. Sbb rakyat x tahu crita sebenar. Seandainya s' ngor tewas jgn salahkan penyokong2. Yg perlu disalahkan ia ketua2 parti dr dap,pkr,pas & blogger2( tukang api)

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.