Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LEPEH NI BARU RAKYAT TAHU PKR NI RUPANYA GELOJOH

KEMANA PAKAR PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KALIAN ? Pak Karamu

 

Thursday, August 07, 2014

ORANG KANAN ANWAR DIMALUKAN OLEH PAS !

Krisis perebutan jawatan MB Selangor sesama Pakatan pembangkang bertambah teruk dan memalukan apabila orang kanan Anwar Ibrahim dilabelkan membuat kenyatan bodoh oleh PAS.


Anda baca :
PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider.
Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi.
"Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar.
"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu.
"Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu saja dulu," kata Mustafa ketika mengulas mengenainya - seterusnya 
Persoalannya, siapakah yang benar ?

Nik Abdul Aziz Nik Mat pula sekali lagi mempertahankan kenyataannya bahawa Abdul Khalid Ibrahim akan dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.
Nik Abdul Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu menteri besar Selangor itu. 
"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Baharu. seterusnya
Pergelutan sesama Pakatan pembangkang ini sudah menimbulkan rasa meluat dan benci rakyat kepada pakatan.  

Hanya satu cara sahaja yang perlu dibuat : BACA SINI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.