Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK TANYA KEBURUKAN TANYALAH PADA MUSUHNYA

Wednesday, August 20, 2014

Exco Selangor dari PAS sanggah tuduhan PKR terhadap Khalid..


Baca betul-betul apa yang dilaporkan oleh Bernama dan Malaysiakini tentang kenyataan dari Dr Halimah Ali, Exco Selangor dari PAS mengenai Tan Sri Khalid ini..

Kenyataannya ini kebanyakkannya menjawab tuduhan-tuduhan yang dilontarkan terhadap Tan Sri Khalid....

Laporan dari Bernama mengatakan...
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali menafikan dakwaan PKR bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan pentadbiran kerajaan negeri secara bersendiri.
Sambil menyifatkan Khalid sebagai sangat berhati-hati dan bertanggungjawab berkaitan soal kewangan, katanya beliau tidak pernah melihat Khalid membuat sebarang keputusan tanpa berunding lanjut dengan Exco terlebih dahulu.

"Daripada pengalaman saya, apa saja keputusan yang dibuat olehnya (Khalid), semua mesti tentang rakyat sebab dia akan tanya butiran sama ada ia akan beri manfaat pada rakyat," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.
Halimah berkata sepanjang berkhidmat lebih enam tahun dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, tuduhan PKR terhadap MB itu lebih berkaitan dengan masalah dalaman parti itu.

"Kami berada dalam situasi ini (kemelut politik Selangor), kami (Exco PAS) tidak mahu perkara ini berlaku... bila sudah berlaku, kami sekarang kena pastikan kerajaan stabil dan kakitangan kerajaan tidak huru-hara untuk memastikan ia (pentadbiran) berjalan lancar," katanya.

Halimah juga dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata...
Antara keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang didakwa diingkari Khalid adalah menangguhkan proses dan perbincangan projek Loji Rawatan Air Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, MB, Exco dan Adun Selangor.
Halimah berkata dalam isu penstrukturan semula industri air Selangor, Khalid pernah membentangkan perkara tersebut ketika mesyuarat Exco malah menyatakan isu berkenaan telah berlarutan sejak lima tahun lepas.

Manakala berikut pula adalah laporan dari Malaysiakini..
Exco Selangor dari PAS mendedahkan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sepanjang enam tahun ini hanya dibelenggu satu masalah, iaitu susah memberi wang untuk program negeri.
Bagaimanapun Dr Halimah Ali menjelaskan itu menunjukkan Khalid seorang yang amat berhati-hati dalam membuat keputusan agar dapat memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya hanya ada satu masalah besar dengan beliau. Nak minta duit susah," kata beliau sambil ketawa kecil ketika ditanya wartawan di pejabatnya hari ini.

Halimah menjelaskan seorang Exco perlu membentangkan pelan terperinci kepada Khalid dan memberikan hujah agar wang negeri yang diperuntukkan dapat membantu rakyat.

"Kalau tak ada hujah baik nak minta seringgit pun susah.
"Jika anda ada plan yang boleh berjalan dan baik kepada rakyat, perlulah berhujah (dengan beliau)," kata beliau.

Khalid dipecat dari PKR dua minggu lalu kerana ingkar arahan parti untuk meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PKR dan DAP kemudiannya mendedahkan keburukan dan masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat dalam pentadbiran Khalid.

Halimah bagaimanapun menolak dakwaan bahawa Khalid sering bertindak seorang tanpa memikirkan rakyat atau kerajaan negeri.

Beliau berkata Exco diberitahu dalam hampir semua keputusan beliau termasuk dalam hal pengambilalihan industri air.

"RM9 pun susah beliau hendak buat keputusan dan luluskan, inikan pula RM9.6 billion, jadi jika keputusan itu diambil Menteri Besar, bermakna ia semestinya adalah yang terbaik buat rakyat Selangor".

"Beliau (Menteri Besar) seorang ahli perniagaan sebelum ini, jadi adakalanya beberapa tindakan terpaksa diambil dengan segera, namun setiap tindakan beliau sememangnya ada dimaklumkan dan banyak perkara turut dibincangkan dengan setiap ahli Exco" kata beliau.

Halimah bagaimanapun tidak mahu mengulas keputusan pemecatan dan penggantian Khalid oleh PKR yang dianggap beliau sebagai "keputusan politik".

Beliau bagaimanapun menegaskan beliau menurut keputusan parti dan akan terus bertugas memastikan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor kekal.

"Daripada pengalaman saya bersama beliau (Khalid) sejak enam tahun lalu, apa yang dia buat (adalah) untuk rakyat. Itu cara beliau berfikir.

"Saya tak tahu itu keputusan politik parti. Saya bukan di sini untuk 'judge' mereka (PKR)," kata beliau.


Ada yang Khalid buat itu wajar dan ada yang tidak wajar sebenarnya.. dan dalam hal ini aku memilih untuk setuju untuk tidak bersetuju dengan beberapa dakwaanpemimpin PKR terhadap Khalid.

Bagi aku kesalahan Khalid cuma ingkar arahan Parti dan beberapa tindak tanduknya adalah tidak selaras dengan manifesto Pakatan Rakyat yang terdapat dalam Buku Jingga.

Jadi beliau wajar diberikan amaran dan seterusnya dipecat dari PKR..

Aku bukan penyokong tegar Khalid tapi aku tak setuju sama sekali Khalid diburuk-burukkan oleh beberapa pemimpin PKR semasa beliau masih belum dipecat keahliannya.

Kebanyakkan tuduhan hanyalah tuduhan tanpa berserta bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong tuduhan itu..

Hanya persepsi negatif yang cuba dibina untuk membolehkan rakyat Selangor turut bersetuju untuk menolak Khalid..

Sekarang kebanyakkan tuduhan terhadap Khalid telah dijawab oleh Dr. Halimah sendiri... nak kata apa lagi??

Inilah dunia... seribu kebaikkan yang kita lakukan akan terpadam dengan hanya satu keburukkan yang kita lakukan....

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.