Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARA PEMIMPIN KENA BUAT PUASA MARYAM

3/08/14

Silap PKR umum pengganti Khalid sebelum masanya

 


Usaha PKR untuk memastikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor sedikit sebanyak merosakkan reputasi PAS dan Pakatan Rakyat (PR), kata Tamrin Ghafar.

Beliau yang juga anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba melihat kesilapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mengumumkan pengganti Khalid sebelum tiba pada masanya.

“MB Selangor daripada PKR, bukan daripada PAS, tetapi yang mulai retak ialah PAS dan Pakatan. Aneh dan ajaib.“Apabila Anwar membuat kenyataan bakal pengganti Khalid, itu dia bercakap bagi pihak partinya PKR, bukan bagi pihak Pakatan.

“Mungkin pada PAS, kelemahan Anwar ialah mengumumkan nama pengganti MB sebelum 10 Ogos. Mungkin juga kelemahan kita ialah membuat kenyataan umum sebelum tarikh itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKR pada mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusatnya pada 22 Julai lalu mencapai keputusan untuk meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid bagi jawatan menteri besar Selangor.

Anwar berkata Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor selain bertujuan menyelesaikan isu di negeri itu yang semakin meruncing.

Bagaimanapun, Tamrin tidak meletakkan kesalahan 100% kepada PKR, dengan melihat PAS juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

Tanpa menyebut kelemahan PAS secara spesifik, beliau merujuk tingkah laku PAS yang dikatakan memungkiri janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Mungkin kalau itu dikatakan kelemahan, PAS juga ada kelemahannya. Cuba kita renung kembali apa yang berlaku semasa PRU13 yang lepas.

“Memungkir janji persetujuan yang dicapai itu bagi saya kelemahan yang susah hendak dilupakan. Selepas (kewafatan) Rasulullah, tidak ada siapa pun yang maksum,” katanya.

Sehubungan itu, Tamrin menggesa pemimpin parti mengambil kesempatan kemuliaan Syawal untuk saling bermaaf-maafan sebelum keadaan menjadi semakin buruk.

Katanya, perawakan yang selama ini dijaja oleh Umno perlu segera dielakkan dan tidak harus dibawa ke dalam PR.

“Di hari dan bulan yang mulia ini, sebaik-baik amalan kita ialah bermaaf-maafaan. Yang lebih baik lagi kita memaafkan sebelum dipinta. Musuh sedang menunggu retak menjadi belah.

“Jangan disebabkan Khalid seorang, rumah yang dibina sejak berzaman lamanya boleh rebah ke bumi.

“Jangan biarkan, malah menggalakkan amalan membisu dan mengampu yang ada pada Umno menular ke dalam parti kita. Yang penting ialah perjuangan parti bukan pemimpin,” katanya. - TMI

3 orang berkata:

Anonymous said...

babi lg bagus dr pr

Anonymous said...

Umno.apco.ha..ha

Anonymous said...

Biasa makan babi kot..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.