PARTI YANG AKAN MENANG BESAR IALAH PKR, KERANA PKR BERSIFAT MASYARAKAT MAJMUK, DIDALAM PARTI ITU ADA BERBAGAI-BAGAI BANGSA DAN AGAMA, MAKA MAJMUK ITU AKAN MEMBERIKAN KEMENANGAN MUDAH KEPADA PKR, SEHINGGA DI KATAKAN OLEH KETUA WANITANYA PR AKAN MENANG 56-0, DAP JUGA BEGITU, MEREKA ADALAH PARTI MAJMUK, CUMA PAS SAHAJA YANG TIDAK MAJMUK, TUNGGU LE DUN SELANGOR BUBAR TAK BERAPA LAMA LGI, PKR PASTI MENANG ! REFORMASI ! REFORMASI ! REFORMASI ! - Pak Karamu
Tak ada parti boleh menang secara solo – Mat Sabu
(Oleh: Nazar Hashim)
BUKIT SELAMBAU 24 OGOS: Tidak ada parti yang boleh menang dan
mendapat majoriti besar kalau berjuang secara solo dalam sebuah negara
yang masyarakatnya majmuk seperti Malaysia.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika
menyampaikan ceramah isu semasa bertajuk ‘BN Gigit Jari’ yang diadakan
di hadapan perkarangan Pejabat Adun PKR, Bukit Selambau pada 22 Ogos
baru-baru ini.
Menurutnya,
sejarah telah membuktikan kemenangan besar DAP di Pulau Pinang untuk
penggal kedua pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah dengan sokongan
bersama KEADILAN dan PAS.
“Di Kedah sebelum kalah dalam pilihan raya umum yang lalu, kita
bekerjasama dalam satu pakatan sehingga berjaya menjadi Menteri Besar
pada tahun 2008 yang lalu.
“Di Selangor pun sama, kemenangan PR untuk penggal kedua adalah hasil
kesepakatan dalam komponen sehingga BN kempunan untuk penggal kedua
menjadi pemerintah, “jelas beliau.
Katanya lagi, Umno bagaikan serigala lapar yang menanti untuk meratah
PR sekiranya gagal untuk mempertahankan kerjasama yang telah berjaya
melalui tahaluf siyasi bersama dengan KEADILAN dan DAP.
“PR mampu untuk merampas kembali Kedah dalam PRU ke 14 yang akan
datang dengan kekuatan dalam PR. Selangor mampu dipertahankan jika PR
kuat, tanpa memberi sedikit pun ruang kepada BN untuk menangguk diair
keruh.
“Jadikan kekalahan PAS di Terengganu yang hanya berjaya menjadi
pemerintah untuk sepenggal pada pilihan raya umum 1999 yang lalu sebagai
iktibar, ” ujar beliau lagi.
Tambah Mohamad Sabu, tidak ada mana-mana parti yang mampu memerintah
secara solo termasuk BN sekiranya mereka tidak bekerjasama dengan
komponen dalam parti untuk menang.
Oleh itu katanya, sekiranya PR mahu merampas kembali kerusi Kedah
yang pernah dimenangi dalam tahun 2008 yang lalu, kerjasama dalam
komponen mesti dipereratkan.
“Kerjasama dalam PR juga meranapkan impian BN untuk merampas kembali
kuasa di Selangor apabila kemelut Menteri Besar Selangor membuktikan
kesepakatan amat perlu dalam merealisasikan tahaluf siyasi bersama PKR
dan DAP,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62647
2 orang berkata:
Dah terlebih lebih dari pemimpin. Jangan jadi batu api.
Mat sabu dok teringin jwt presiden
Post a Comment