Ahad, 24 Ogos 2014
Wan Azizah akui berat hati jadi MB Selangor
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka mengakui
beliau berat hati apabila diberi tanggungjawab bertanding kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kajang serta mengambil alih kerusi menteri besar
(MB) Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dr Wan Azizah
berkata, bukan keinginannya mengejar kuasa di negeri paling kaya itu,
tetapi akur dengan kehendak parti selepas melihat Khalid gagal
menguruskannya dengan baik.
"Kalau inilah amanah yang diturunkan, saya
terima walaupun hati berat. Bukan ini yang saya inginkan, bukan ini yang
saya cari tapi saya cari redha Allah," katanya dalam ucapan penangguhan
Kongres PKR di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.Adun Kajang itu
berkata, beliau akan terus berjuang walaupun niat asalnya mahu
menumpukan kepada urusan keluarga.
"Terus terang saya katakan bahawa
bukanlah niat dan keinginan di hati. "Nama saya dikemukakan. Seorang
yang katakan dari mulanya berjuang akan katakan tak apa, saya nak jaga
cucu. "Inilah perjuangan. Kalau inilah yang dihendakkan parti dan
perjuangan, saya tampil ke hadapan. Apa tidakkah begitu caranya?"
soalnya.
6 orang berkata:
Betul betul betul khalid memang urus x elok sbb pyh projek nak masyuuukk.
Dah kaki Konar PKR (Pakar Konar Rakyat)
dah laki suruh jadi mb... jadi la nooo.. nanti derhaka pulakkkk. PKR ni parti laki bini.. parti anak beranak... parti sukusakatisme. pi la jadi mb kalau dah pandai sangat. pemilihan PKR pun macam beruk sarkas berebut pisang! tak reti nak kawal! pemilihan presiden indon pun dah selesai.. PKR lom lagi.. gila ka apa.. ha ha ha.. Zuraida.. you tolong tengok apa dah jadi kat PKR ni.. dah macam sarkas. kuat sangat kelentongnya
pkr - parti kelentong rakyat..
pkr - pakar kencing rakyat
Kalau ada rasa berat hati,ITU petanda .,lebih baik jgn terima...SBB nanti menyusahkan parti.Dan rakyat selangor
Post a Comment