Saturday, August 23, 2014
Pendakwaan Anwar, Surendran bukti undang2 perkakas penguasa zalim (Oleh Nadia Hanafi)
SHAH ALAM 22 OGOS: Pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
kes Fitnah II adalah serangan kepada institusi demokrasi yang sepatutnya
menegakkan keadilan dan proses undang-undang, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Azmin“Ia bukan sahaja dilakukan kepada Anwar Ibrahim sebagai seorang
individu tetapi juga sebagai Ketua Pembangkang yang merupakan bahagian
integral dari sistem demokrasi,” katanya.
Azmin berkata, N
Surendran yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 baru-baru ini juga
merupakan tindakan Umno bagi menghalang Ahli Parlimen Padang Serai itu
menjadi peguam untuk membela Anwar.
“Langkah ini adalah serangan terhadap pembela keadilan dan proses undang-undang,” tempelak Azmin.
Surendren ditahan pada 18 Ogos lalu dan didakwa keesokannya berkaitan ulasan beliau mengenai kes Fitnah II membabitkan Anwar.
“Apabila undang-undang tidak lagi mempunyai roh keadilan, maka
undang-undang telah menjadi alat dan perkakas kepada penguasa rakus
dan zalim,” sambung Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Beliau juga mengingatkan anggota Angkatan Muda supaya tidak alpa dan tidak mengambil mudah terhadap perkara ini demi masa depan
Pakatan Rakyat.
“Apabila generasi ini pasif, maka masyarakat tersebut tidak akan
dinamis, tidak mampu berdepan dengan cabaran-cabaran baru yang datang,”
katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongress AMK ke-10 di Shah
Alam, hari ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62604
0 orang berkata:
Post a Comment