Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, August 5, 2014

Jawatan Kerana Gaza.. Menteri Malaysia Ada Berani?

 


London: Menteri Kabinet Britain, Baroness Warsi, telah mengumumkan peletakan jawatannya daripada kerajaan berikutan polisi Britain ke atas Gaza.

“Dengan rasa penuh kesal, saya telah menyerahkan surat perletakan jawatan saya kepada Perdana Menteri. Saya tidak boleh lagi terima polisi kerajaan ke atas Gaza,” kata Warsi di laman Twitternya.

Warsi merupakan wanita pertama Islam yang memegang jawatan itu sama sekali tidak bersetuju dengan polisi Britain menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri.

Warsi menyandang jawatan Menteri Kanan di Pejabat Luar dan Komanwel serta Menteri Keagamaan dan Komuniti di Jabatan Komuniti dan Kerajaan Tempatan.

Dia juga sebelum ini merupakan Pengerusi Parti Konservatif setelah menyertai Kabinet pada 2010.

Datuk Bandar London, Boris Johnson berkata, khabar perletakan jawatan itu sangat menyedihkan dan berharap Warsi dapat mempertimbangkan semula keputusannya dan kembali bertugas di dalam kerajaan semula.

Warsi sebelum ini pernah melanjutkan pengajian di Leeds University, kemudian bekerja untuk Crown Prosecution Service sebelum menubuhkan firma guamannya sendiri. - Agensi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.