Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA ERTI KATA-KATA MAHADHIR ? PR BERJUANG ATAS DASAR TAK BERDAFTAR !

19/09/14

Hanya satu nama, tiada siapa pernah pertikaikan saya, kata Dr Mahathir

Pakatan Rakyat (PR) bukan entiti tunggal, disebabkan itu ia perlu menghantar nama calon menteri besar lebih daripada satu kepada sultan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata dirinya boleh menghantar satu nama saja kerana Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan parti yang berdaftar dan tidak ada siapa pernah membantah keputusannya.

"Saya pilih (calon menteri besar) berdasarkan sokongan popular dan tiada siapa yang tidak puas hati, maka tidak perlu saya bagi lebih daripada satu nama," katanya mengulas tentang pertikaian jumlah nama yang perlu dihantar ke istana mengikut konvensyen.

Dalam krisis menteri besar Selangor yang masih belum selesai sekarang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amalan menghantar satu nama dipraktikkan sejak zaman pemerintahan BN pada 1957.

Dr Mahathir juga berkata sebelum ini, menjadi amalan biasa semasa beliau mentadbir negara, dengan mengemukakan hanya satu nama kepada Sultan.

Semalam, istana dalam kenyataannya menegur PKR buat kali kedua kerana mempertikaikan titah Sultan supaya mengemukakan lebih satu nama calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Ertinya tiada ketua. Bila tiada ketua, masing masing dengan keputusan sendiri bila tiada persutujuan. Dah tak boleh berunding.

Basar said...

Madey tipu, maka kita semua tertipu.
Kalau nak tau tinggal DYM Sultan Pahang dan DYM Sultan Kedah sahaja yang sempat dengan madey.

Peliklah kalau rakyat malaysia pi pakat percaya kat penipu no 1.... Sebab dia nak back up penipu no 2 anak didik anak emas anak manjanya anwar....

Anonymous said...

Sekurang2nya DSAI tidak dihanyutkan oleh khayalan bahawa dialah ketua tertinggi dlm PR. PAS sudah membuktikan bahawa parti itu bukan kuda tunggangan PKR & DAP.
Jadi sekarang, siapa tunggang siapa?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.