Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA ERTINYA INI ?

Mat Sabu tidak perlu ungkit jasanya kepada orang lain apabila dia telah menghulurkan bantuan pada PRU lepas, wajarkah dia berbuat demikian ? sedangkan amalan tersebut adalah perkara ungkitan, persoalannya mengapa dia suarakan hal tersebut ? Adakah itu yang telah diajarkan oleh PAS dan islam kepadanya ? Tidakkah kenyataannya itu menunjukkan dia tidak ikhlas atau dia telah memukul dirinya sendiri buat masa akan datang ? - Pak Karamu

Sunday, September 21, 2014

Mat Sabu Bantu Hadi dan Tantawi Menang PRU13


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kecil hati dengan dakwaan beliau berkempen untuk menentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 September, 2014.
Saya tak tentang Hadi, saya bantu dia PRU13, kata Mat Sabu

[The Malaysian Insider] Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikecam ahli parti kerana dikatakan berkempen menentang presiden parti menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan bagaimana beliau berkempen bagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau juga berkempen untuk bekas ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, apabila beliau bertanding kerusi Temerloh tahun lepas.

Nasrudin dianggap suara yang berpengaruh antara golongan konservatif parti, juga antara yang tidak dipersetujui Mat Sabu.

Mat Sabu berkata beliau menolong Hadi dalam memenangi kerusi parlimen di Marang, Terengganu. Hadi berada di belakang calon Umno pada masa itu dan hampir kalah.

"Apabila saya mendengar Nasrudin susah mendapat sokongan kaum Cina, saya turun padang untuk bercakap kepada mereka dan bawa Nasrudin untuk memberitahu mereka inilah calon (Pakatan Rakyat). Tolong undi dia," kata Mat Sabu.

Mat Sabu berkata, Hadi dan Nasrudin dapat menang sementara beliau sendiri kalah di Parlimen Pendang.

"Mereka katakan saya cuba jatuhkan presiden. Tetapi apabila saya dengar presiden akan kalah di Marang, saya pergi ke Terengganu untuk buat sebaik mungkin.

"Saya tidak boleh terima yang presiden kita akan kalah. Pada masa sama saya tidak boleh terima bekas ketua pemuda kita (Nasrudin) akan kalah juga.

"Saya pernah bercanggah pendapat dengan Nasrudin dahulu, tetapi saya tidak boleh biarkan beliau kalah. Jadi saya tolong beliau. Akhirnya saya yang kalah tetapi tidak mengapa," kata Mohamad.

Mohamad sudah lama menjadi fokus kemarahan golongan konservatif PAS daripada sayap Pemuda ke para ulama hingga ke pemimpin bahagian di seluruh himpunan utama.

Beliau dituduh merancang kempen menentang Hadi selepas mempersoalkan keputusannya dalam krisis menteri besar Selangor.

Semasa himpunan Pemuda ketika beliau memberi ucapan, kumpulan delegasi keluar dari dewan sebagai tanda protes.

Mohamad berkata, walaupun beliau berada di dalam parti untuk masa yang lama dan banyak pengalaman dalam dikritik, beliau masih kecil hati dengan tuduhan komplot beliau terhadap presiden.

"Saya masih manusia juga, bukannya dibuat dari plastik." – SHERIDAN MAHAVERA/20 September, 2014.

P/s: Ada baiknya MP Temerloh ini kalah pada PRU14 agar dia bermuhasabah diri. Dengan kenyataan dan perkara yang berlaku di Selangor, susah mereka untuk mendapat kepercayaan kaum bukan Melayu pada masa akan datang.

Tolong ajarkan pantun ini kepada geng pak lebai junior: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.


Duniacacamarba

4 orang berkata:

Anonymous said...

Dok pening...perbaiki diri sblm disingkirkan pd masa akan dtg

Anonymous said...

Aik dah selesai muktamar pun tak habis2 lagi. Minta sambung lagi la.

Anonymous said...

Berkorban untok presiden dan nasharuddin tantawi. Diri sendiri sampai kalah. Hebat abang mat ni.
Hanya di kelamtan boleh menang sbb
orang kelantan pilih pas bukan mat sabu.
Pru 14 mat sabu akan tanding di penang
Sure memang sbb.orang cina suka mat sabu

Basar said...

Bila kali terakhir mat menang....
Power ooo jika bukan abang mat TGHH dah kalah. Marah siut abang non pada mat sabu.....

Hebat boleh menangkan orang lain tetapi diri sendiri tewas.
Maknya abang mat bukan sebab hang la orang menang atau tewas.

Rezeki jadi adun jadj mp sebab itu depa menang.
Abang mat tiada kuasa nak menangkan sesiapa abang mat sendiri tidak menang.

Maka Sedarlah Allah S.W.T Maha Berkuasa bukan anwar ibrahim.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.