Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA KOJA YANG KO RANG BUAT ?


PAS Kantoi Lagi - Kerjasama Dengan UMNO Gagal Disebabkan 2 Adun PAS Lari !!!! 

 


Krik krik krik.

Haji hadi diam. Sudah sangat lama. Semalam Husam Musa hentam Haji Hadi. Nampak macam dia balon UMNO. Tapi hakikatnya dia berkias balon TGHH. Sapa yang tahu, tahu la. Selepas TMI dedahkan yang TGHH mahu berkerjasama dengan UMNO di Selangor dengan membentuk kerajaan perpaduan, TGHH diam sampai sekarang. Apa sudah jadi? Takan lari kot? Dan terkini, salah seorang geng2 ulama dalam PAS pula mendedahkan bahawa larinya dua adun dari PAS kepada PKR telah menyebabkan runtuhnya kerjasama yang ingin dibuat oleh PAS bersama UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor.

Pehhhh..

Baca jap ;


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.

"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.

"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. 
"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor. -TMI-

Cakap banyak takmao TGHH. Sekarang cepat saman TMI. Nafikan bahawa PAS memang tiada niat untuk bersatu dan membentuk kerajaan campuran di Selangor dengan UMNO. Adakah TGHH takut disebabkan saksi ramai dalam bilik mesyuarat yang boleh mengesahkan TGHH berbohong?

Ce citer ce citer..

7 orang berkata:

Anonymous said...

Bukankah kuasa melayu yang lebih utoh dapat diujudkan diselangor jika sekira perancangan ug berjaya?
Ug. Antara dap ,pas dan pkr tidak membawa apa apa untok melayu dan islam. Malah bukan melayu semakin berani mencemoh melayu dan islam.
Memang puak puak anwar dalam pas tidak bersetuju dengan ug. Sbb. Dgn
Ug ,cita cita anwar akan terkubor.
Tindakan Pas dalam cubaan untok ug diselangor harus diberi pujian kerana ,demi bangsa dendam teradap umno dpt.di lupakan . Dalam politik ,tiada kawan atau musoh yang kekal.
Kalau Pas boleh bertahlul siasi dengan dap ,yang nyata anti hudud kenapa Pas tidak boleh bersama umno?

Unknown said...

Klau dh syg dgn umno..semua nya baik je kn..pigidahhh

Anonymous said...

Kalau dah terminum air kencing nuar,semua yang berkait dgn. Umno tak baik.
Kemana peginya prinsip perjuangan Pas?
Mana hilang suara suara hudud?
Pas saolah dizip mulut oleh DAP DAN PKR?
Pas dapat bertahan hingga ke hari ini kerana dasarnya,bukan kerana tahlul siasi dengan dap.
Bertahlul siasi dibolehkan jika membawa untong kpd.islam.jika islam di imjak injakan,wajib mufarakah.

Anonymous said...

Maaf tuan saya selama ni malas nak komen tapi dalam hal.ni cuba baca balik tulisan asal.dekat facebook pas. Tak sama dengan apa yang ditulis dalam.artikel tu. Saya xpasti dari mana artikel tu tuan dapat tapi ia hanya manupilasi dari tulisan dr khairuddin.

Anonymous said...

Pas tak boleh berkerjadama dengan umno dan tak akan bersama dengan umno kerana telah tetbukti umno tu jahat dan celaka orang islam mesti bewaspada dari disengat dus kali

Anonymous said...

Kpd.anon 3.33
Tk.atas pencerahan itu.
Anon 3.49.
Jika tidak mahu berkerjasama dengan umno itu dapat difahami.
Tapi Pas jangan terus jadi pengalas kaki Dap dan Pkr. Jangan jadi macam Irag. Benci kpd.saddam sanggop upah amerika. Akhirnya,rakyat irag yang terus menderita.
Pas perlu tegas dgn.prinsipnya dan dasarnya ,walaupun terpaksa menguris hati kawan.

Anonymous said...

Apabila dtg sesuatu brita jgn lah kita membuta tuli mempercayainya...kita tunggu laporan selanjutnya.
Musuh berada disekeliling.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.