Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAN BARUA ITU PATUT DI PANCUNG !

INGATKAN ORANG PAS SEMUANYA PANDAI DAN TAHU SELOK BELOK BERJAMA'AH DAN BAI'AH, RUPANYA ADA YANG BANGANG, ADA YANG TAHAP HARAM JADAH, DIANTARA JAMA'AH ADA YANG APABILA DI BELAKANG MEREKA DI URUT OLEH BARUA-BARU BANGANG DALAM MASALAH HUKUM DI DALAM ISLAM MAKA MEREKA MUDAH TERKULAI DI DALAM PELUKAN  SYAITAN DAN IBLIS

MENUBUHKAN JAMA'AH DI DALAM JAMA'AH ATAU BERCITA-CITA MENYUSUN JAMA'AH  UNTUK BERSEDIA MENGGANTIKAN JAMA'AH YANG TELAH SEDIA ADA JUGA BOLEH DI ANGGAP HARAM JADAH DAN BARUA, PERKATAAN YANG KURANG BAIK INI PERLU DI KETENGAHKAN SEKALI SEKALA SUPAYA HAIWAN-HAIWAN JENIS MANUSIA FAHAM AKAN MARUAH MEREKA DI DALAM JAMA'AH- Pak Karamu



Presiden Sebut "Barua" Dalam Muktamar....




Broker’, ‘barua’ curi 2 Adun PAS tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.

"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?

"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu.

Beliau turut memberi amaran kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain agar tidak menjadikan PAS sebagai tempat persinggahan demi mencapai tujuan dan matlamat mereka.

"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan.

"Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan. Ahli PAS mesti faham ada perbezaan," katanya.

Beliau juga menegaskan, PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk agenda politik mereka melalui nilai kesamaan, namun masih terdapat perbezaan daripada dasar-dasar asas parti.

"PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti, nak makan sama.

"Bersama dalam titik persamaan mendokong demokrasi yang adil untuk semua," katanya.

PAS juga katanya tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor.

"PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar, walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar. Walaupun tiada perjanjian bertulis.

"Tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja," katanya, dan menambah tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar tidak berlandaskan syarak.

"Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri.

"Lalu dilantik seorang kerana kecenderungan bukan kerana amanahnya. Saya tidak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam," kata Hadi.

Hadi berkata, pelantikan pemimpin seharusnya dibuat berdasarkan keupayaan mereka, dan bukannya kecenderungan dan strategi politik masing-masing.

"Jangan pandang ringan nak beri begitu sahaja, ada amanahnya.

"Jangan tengok ini strategi politik, harus lihat ini amanah Allah," katanya lagi.

Beliau dalam ucapannya turut memberi peringatan kepada ahli PAS untuk tidak menubuhkan jemaah baharu dalam PAS.

"Jangan tubuh jamaah dalam jamaah lain. Jangan tubuh parti dalam parti." – TMI

8 orang berkata:

Anonymous said...

Ada presiden cakap haram jadah. Ada presiden cakap barua. Siapa lagi lepas ni.

Anonymous said...

paaaaaaadan mukke semua!

Anonymous said...

Kalau dah broker tu barua... orang yg guna broker tu 2x barua la... dan orang yg dibeli oleh broker tu berkali-kali la baruanya atau senang dipanggil barua lahanat sial!!! menyusahkan rakyat selangor cam aku ni!!! Nyesal juga tak jadi PRN... kalau tak... senang nak ajar PKR DAP. PAS aku tak heran sangat kalau kalah sbb dari dulu dah terbiasa. Aku nak tengok PKR DAP meroyan bil hilang kerusi DUN, hilang kuasa.
Presideng dah cakap tu.. lahanat dua ekor tu dah langgar baiah.... bila lagi dua ekor barua lahanat sial tu nak dipecat atau sedekah ler kat PKR DAP.

Anonymous said...

Memang patut pun.itu lah bahasa paling sesuai untok mereka mereka itu. Rakyat disuroh walaq kepada pemimpin tetapi dia orang mencerca prediden sendiri.
Profesional konon."!!!!
Mat sabun pun dah hitam hati kerana dilunak oleh elaun drpd.guan eng. Husam pula meroyan kerana dah hilang power di kelantan.
khalid samat tak dilantik PJ pas selangor.

Anonymous said...

Elok sangat la PAS mufaroqoh dari jamaah barua. toksah dok pening dgn tahallussiyasi kalau dah suka-suka jadi barua. Biar PASMAaaaaampus bersama barua tuuuu. Selagi PAS tak haramkan ahlinya masuk PASMAmmmmpussss.. selagi itu la masalah barua lahanat ni tak selesai. Dah tu ramai pulaknya AJK PAS Pusat dlm tu... apa ni???? Nak pantau Presideng ka atau nak cari peluang lingkupkan PAS dan junjung PKR sbg parti utama??? Presiden PASMAaammmmmpussss dari Kedah tu yg jadi pengkhianat dan petualang besar lingkupkan PAS Kedah pun ada orang ikut.. maknanya orang yg menjunjung Anwar/ PKR dlm PAS ni terlalu ramai. PAS patut buat pembersihan dari anai-anai ini. Bermufaroqoh la dari PKR DAP... pelan-pelan bangun semula dgn kekuatan baru. Tuan Presiden pun... elok la mengundur diri... beri peluang pada yg lain untuk mengemudi PAS. Nasihatkan juga si Din menantu kesayangan tu... ambil iktibar Pak Lah ngan Khairi! PAS bukan hak keluarga. PAS juga bukan hak milik orang Pantai Timur. PAS hak semua.
Aku harap PAS akan digeruni spt zaman Tuan Guru Yusof Rawa atau zaman Ustaz Fadhil Noor

~PakKaramu~ said...

Apa yang Pak Karamu nampak daripada awal ialah gerakan ini mula bergerak di dalam PAS ialah sejak bermulanya pergolakan di Kedah sehingga Kedah jatuh. Masa itu PASMA belum lagi ujud, akan tetapi aktivitinya telahpun bergerak, pernah Pak Karamu kata kumpulan ini sangat bahaya kerana button suisnya di pegang oleh seorang yang lahir dari keturunan rakyat nabi lut yang bersifat kurang ajar

Anonymous said...

Kejatuhan pas di kedah bkn krn x hebatnya mb ttp berebut kerusi dan budaya cantas mencantas spt yg berlaku di parlimen Baling,sik.dan kulim . Budaya menjatuhkan kawan sendiri memakan diri dan allah hukum dgn kekalahan. Bukan krn.bn kuat ttp ada pemimpin dlm pas spesis barua ni.

Anonymous said...

Aku caya sbb aku org baling

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.