PAS ADA DASARNYA YANG DI CIPTA OLEH TUHAN, SELAGI MANA DASAR ITU DI JUNJUNG BERSAMA MAKA SELAGI ITU TUHAN AKAN MEMELIHARANYA INSYA ALLAH, APA YANG MENJADI PERSOALANNYA IALAH APABILA KITA BERKAWAN DENGAN GOLONGAN YANG TIDAK SELARI DENGAN DASAR YANG PAS ADA MAKA AWAS ! DASAR PAS AKAN DIPERSOAL DAN DIPERKOTAK KATIKKAN, KONON DEMOKRASI DAN SEBAGAINYA
PAS PERLU KUAT SEMANGAT DENGAN MENANAM KUKUH PERJUANGAN DENGAN DASAR YANG ADA, SEJARAH TELAH MENGAJAR KITA DENGAN BANYAK PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM SEJARAH ISLAM DUNIA YANG BERMULA SELEPAS DARI ZAMAN SAHABAT IAITU SELEPAS ZAMAN KHULAFA AR RASYIDIN, APAKAH KITA BUTA DENGAN SEJARAH TERSEBUT ? KALIAN WAJIB PANTAU SEJARAH APABILA TUGAS KHALIFAH DI TUKAR DENGAN ISTILAH YANG LAIN
PAS AKAN TERUS HIDUP SELAGI SEMUA PEJUANGNYA PATUH DENGAN DASAR YANG ADA, MELAINKAN KALIAN RELA DENGAN DASAR PAS YANG SEDANG DI ROBEK OLEH DASAR BUATAN MANUSIA YANG DI CIPTA OLEH AKAL SEKULAR DARIPADA BARAT. MEMANG KITA TIDAK DAPAT HENDAK NAFIKAN BAHAWA PAS SEDANG DISERANG OLEH FAHAMAN INI OLEH ANGGOTA PAS SENDIRI YANG TELAH DI PENGARUHI KEKAWAN DI DALAM PAKATAN YANG BEGITU RAKUS MEMBURU DUNIA YANG SEMAKIN MEMBANGKAI
TIDAK SALAH KITA BERTAHALUF SIASI ASALKAN KITA TETAP MENJAGA DASAR KITA YANG ADA, APA YANG MENJADI MASALAHNYA IALAH APABILA KITA TURUT DIPENGARUHI DAN TERPENGARUH DENGAN DASAR PERJUANGAN KEKAWAN KITA YANG GILAKAN KUASA SERTA MENYERANG AKAL KITA DENGAN DASAR MEREKA, KEMUDIAN KITA TERJERUMUS DI SITU, YANG AKHIRNYA KITA BERPERANG SESAMA SENDIRI, INILAH YANG SEDANG BERLAKU DI DALAM PAS, HAL INI MUNGKIN KERANA PAS GAGAL MENTARBIYAHKAN ANGGOTANYA DENGAN BAIK, TERUTAMA PADA PIMPINAN MEREKA YANG ADA - Pak Karamu
Wednesday, September 17, 2014
PAS akan hilang Kelantan seperti Kedah dan Terengganu..
PAS Kelantan tidak boleh lagi terlalu berharap kepada ketokohan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus kekal memerintah negeri tersebut, kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.
Suhaizan berkata faktor ketokohan bekas Menteri Besar Kelantan tidak boleh terus dijadikan modal politik PAS untuk meraih sokongan rakyat.
"Ada di kalangan rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan PAS tetapi sayang dengan kepemimpinan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) maka mereka mengundi PAS. Bagi sesetengah pengundi, pengaruh Tok Guru lebih besar daripada pengaruh PAS itu sendiri.
"Kini Tok Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan dan PAS belum teruji kekuatannya dalam Pilihan Raya Umum tanpa faktor Tok Guru. Keadaan ini sangat membimbangkan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi di sini, hari ini.
Pentadbiran PAS Kelantan kini diterajui oleh Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Yaakob.
Suhaizan juga memberi amaran, kerajaan PAS Kelantan bakal runtuh sekiranya parti itu gagal meningkatkan prestasi pentadbirannya serta menguruskan masalah dalaman dengan baik.
Tegas beliau, tidak mustahil pentadbiran PAS Kelantan bakal berhadapan dengan nasib yang sama ketika parti itu mentadbir Kedah dan Terengganu.
Katanya pengundi dan penyokong PAS boleh menolak parti itu pada bila-bila masa sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan prestasi terkini PAS Kelantan.
"Kemenangan PAS dibantu oleh sokongan daripada anak Kelantan di perantauan yang balik mengundi. Ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuashati dengan prestasi kepemimpinan kita.
"Perlu diingatkan juga bahawa rakyat Kelantan terkenal dengan pemikiran politik yang kritikal dan dinamik. Sejarah telah membuktikan mereka boleh sahaja menolak PAS jika mereka tidak berpuashati dengan prestasi Kerajaan Negeri pimpinan kita," katanya.
Suhaizan berkata hasil post-mortem mengenai prestasi PAS dalam PRU-13 lalu mendapati punca utama kekalahannya di Kedah berpunca daripada masalah dalaman yang gagal diurus dengan baik.
"Akhirnya rakyat menghukum kita di Kedah. Kekalahan ini bukan sahaja memberi imej tidak baik kepada PAS di Kedah malah seluruh negara.
"Sedangkan Pakatan Rakyat boleh mempertahankan kemenangan lebih daripada satu penggal di Selangor dan Pulau Pinang," katanya.
Suhaizan juga mengingatkan ahli dan pimpinan PAS supaya tidak mengambil mudah kajiselidik yang dijalankan pada bulan Mei lalu oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Katanya, kajiselidik itu menunjukkan bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat merudum ke paras 35% berbanding dengan tahap sokongan sebanyak 50% yang direkodkan semasa kajiselidik yang sama dibuat sebelum PRU lepas.
"Namun yang amat mendukacitakan kita, baru setahun selepas PRU, kita berantakan sesama sendiri hingga hampir memusnahkan jalinan hubungan yang telah kita semai sejak bertahun yang lalu dan memesongkan kita dari tanggungjawab sebenar untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Di mana janji-janji muluk untuk membawa politik baru di Malaysia?
"Jangan menunggu sehingga hasil kajian itu diterjemahkan dalam bentuk penolakan kepada kita dalam PRU ke 14," katanya.
Justeru beliau menyeru kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat supaya mengambil berat perkara ini dan mengambil langkah segera bagi memperkukuhkan kembali hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat lapor AstroAwani
0 orang berkata:
Post a Comment