Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 15 September 2014

MUKTAMAR PANAS... PasMa

Esok bermula Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat diikuti bersamanya Dewan Muslimat dan Dewan Ulama. Kemuncaknya semuanya berkumpul di Batu Pahat untuk muktamar penuh Pas Pusat.  Ia di adakan di luar negeri kebiasaan, kali ini di Johor, negeri paling selatan dalam tanahair. Negeri yang di katakan umNO paling kuat dalam dunia.
Muktamar kali ini pastinya menjadi perhatian, bukan kerana ianya berlaku di Johor tetapi angin panas yang bertiup di dalam PAS. angin yang dulunya bergerak secara tersembunyi dan kurang di rasai malah tidak di mengerti sudah mula menunjukkan bahang panasnya.

Bermula dengan isu Selangor yang menatijahkan munculnya golongan penentang yang selama ini hanya bersifat baling batu sembunyi tangan kini tanpa takut dan malu lagi mereka melancarkan serangan terbuka. PAS seakan di lihat terbahagi dua, antara yang begitu setia dengan Pakatan Rakyat ( anwar) dan golongan yang setia dengan Presiden dan ulama.

Golongan yang setia dengan TG Presiden adalah tulang dan nadi kekuatan teras PAS iaitu para Ulama. Mereka mempertahankan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat namun dalam masa yang sama mereka mahu PAS mempunyai jatidirI dan tidak hanya mengikut telunjuk Anwar . Mereka mahu PAS terus mempertahankan prinsip Islam dan meletakkan prinsip perjuangan lebih utama dari kemenangan . Manakala golongan kedua yang bersama Anwar di lihat mahu PAS kekal dalam Pakatan Rakyat walau dengan apa keadaan sekali pun.

Sebagai alternatif golongan yang mahu kewujudan PAS dengan aspirasi Pakatan Rakyat dan bukan lagi Islam, mereka menubuhkan PasMa, PasMa mulanya mengejutkan umum dengan membariskan nama besar pimpinan PAS. Walaupun di nafikan , namun kehadiran mereka dalam program PasMa yang jelas bertujuan menyerang Tg Presiden dan Ulama dalam PAS menunjukkan mereka sedang menjaja parti baru bagi mengekalkan penyokong PAS di dalam PR.

Desas desus bahawa PasMa ditaja oleh kalangan pemuja Anwar seakan dibuktikan benar apabila pendaftaran Pertubuhan di katakan menyenaraikan beberapa orang PKR seperti hisomudin, budak muda yang menjadi orang kanan PKR di Kelantan. (Sumber menyatakan beliau pernah bekerja dengan datuk Seri najib sebelum ini.) Penglibatan pimpinan PAS dalam siri kempen golongan ini seakan menguji sejauh mana ahli PAS menerima alternatif kepada PAS. Peliknya bagaimana pula orang PKR bersama PasMa yang khabarnya untuk alternatif ahli PAS. Ia bukti bahawa satu gerakan terancang menggulingkan Presiden  dan menyingkirkan Ulama dalam kepimpinan PAS sedang berjalan. Seakan mereka tidak sabar menunggu pemilihan tahun depan??? kenapa??? jawapan yang perlu di fikirkan... saya belum mahu menjawab...

Kumpulan anti Presiden dan ulama ini di lihat sangat terdesak. Ia seakan terdesaknya anwar menanti tempoh keputusan rayuannya. Berbagai perancangan memalukan Tg Presiden telah di rancang. Aku mengharapkan agar ahli PAS yang ikhlas dapat menilai semua yang berlaku ini sebagai satu bukti bahawa gerakan mengambil alih dan menyalin baju prinsip PAS sedang berlaku.. Jika sayangkan PAS... pastikan gerakan ini gagal..

TG Presiden di serang dari segenap arah, termasuk dari timbalannya sendiri yang pernah berjanji bertanding untuk membantu Presiden. Pemimpin PAS ini  sudah mula menanggalkan pakaian Prinsip Islam, sebaliknya sudah memakai pelbagai warna baju termasuk sosialis. Yang penting bagi mereka , Islam seolah menghalang undi bukan Islam kepada PAS.... Islam perlu di kendurkan atau bukan lagi keutamaan.

Kita nantikan muktamar ini untuk melihat perancangan berpuluh tahun mereka akan berjaya atau tidak. Semuanya di Muktamar... jangan tunjukkan kebodohan bahawa sokongan kepada TG Presiden di tentukan oleh pandangan maaya...


7 orang berkata:

Anonymous said...

Binasalah parti islam jika diterajui oleh golongan sekular. Akan jd turki la parti pas ni...walaupun berilmu doktor, peguam, engenier, pensyarah....Tetapi yg berkelulusan agama dr pondok ni lebih mulia dan hebat...persoalannya perjuangan pas ni menjadi Malaysia negara islam @ sekular.

Anonymous said...

Innalillahainnainalillahirajiun..

Anonymous said...

sistem/jalan demokrasi tu ialah sistem/jalan sekular la....ramai yg xnak ngaku..dia ajar org apa itu sekular..tapi dia menggantungkan sesuatu yg terpenting pada sistem/jalan sekular ni..kalo bab mengajar orang apa itu sekular bukan main deras mcm petir hehe...

Anonymous said...

Anon diatas ni x suka demokrasi. Samada dia ni umno, hizbul, syiah...tu je aku rasa

Anonymous said...

keje ko tuduh org je la kan hehe,ajar org pasal bahaya fitnah bukan main..ko macai parti mana?makan rumput byk sgt ko ni hehe

Anonymous said...

Kalau asyik Komen perjuangan demokrasi x kena, perjuangan ni x kena. X yah la kau baca blog ni. Awat tinggi sgt ko makam kau...byk mano kitab turath yg kau khatab...byk mana zikir kau...cuba kau cakap perjuangan apa yg kau nak bawak...brapa ribu anak.murid kau.

Anonymous said...

Perjuangan mana yg kau pilih angkat senjata ke sanggup ke anak beranak ramai lg sebelah sana sanggup ke

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.