Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISTANA MEMPERINGATKAN PKR, RAKYAT MAHU PEMIMPIN YANG PANDAI, BUKAN MEMANDAI-MANDAI

Apabila membuat kenyataan biarlah cerdik, jangan bermadah kosong, tentang surat dari istana itu rakyat tidak mahu tahu tentang penolakan atau penerimaan Wan Azizah atau suratnya, kerana rakyat sudah maklum bahawa PKR dan DAP mencalonkan hanya Wan Azizah dan telah di hantar ke istana. Apa yang rakyat mahu tahu ialah adakah PKR faham  apa kehendak sultan ?

Sultan berkehendakan PKR hantar lebih daripada dua nama, ertinya sekurang-kurangnya hantar 3 nama tapi PKR hantar satu nama juga, sekarang apa sudah jadi dengan kedegilan PKR dengan arahan istana ? PKR memang pandai memandai-mandai dan pintar kona kiri dan kona kanan, tapi tiada kuasa mutlak seperti yang ada pada Sultan, jadi apa salahnya PKR bersikap lembut sedikit dan menghormati istana !

Sikap degil dan memandai-mandai PKR tidak akan membawa kejayaan dan penyelesaian, janganlah  nak tunjukkan lagak sangat dengan istana, kelak kalian akan mengalah juga. Sementara itu rakyat sedang memerhatikan lakonan sumbang memandai-mandai kalian, Apakah selepas menerima surat daripada istana kalian terus mempertahankan sikap kalian ? Berani ? dengan sikap kalian yang merugikan dan menyusahkan kalian sendiri ? - Pak Karamu


 Thursday, September 4, 2014

Istana Selangor tetap mahu lebih dua nama, tak tolak Azizah

Oleh Radzuan Hassan diKuala Lumpur- 03 Sep 2014 (46 min ago)

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail malam ini mengesahkan pihaknya telah menerima surat jawapan dari pihak Istana Selangor.
Dalam kenyataan media, Saifuddin berkata, surat berkenaan memperingatkan supaya PKR memberi lebih daripada dua nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu
Surat berkenaan mengesahkan istana menerima surat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah Adun Selangor yang menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar baharu.
PKR sebelum ini hanya menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.
Hanya Pas dikatakan menghantar nama Wan Azizah dan Mohamad Azmin Ali.
Berikut kenyataan media dikeluarkan PKR sebentar tadi.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan zizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pakar undang undang dah nyatakan bahawa tuanku al sultan tak ada kuasa dan pkr tak perlu hantar nama sebagaimana di titahkan. Dan pkr juga sudah berpatah arang untok hantar satu nama sahaja. Kini drama semakin menarik. Kita bakal saksikan , telor pkr akan kecut,kalau tidak pecah pun.
Yang menariknya,dap terus diam membisu. Adakah DAP dah capai matlamatnya? Adakah DAP sudah berjaya melagakan PKR (MELAYU) dengan istana? Dan kini terus membisu?
Kerana PKR benar benar pejuang,berpeganglah kpd.keputusan awal. Kalau tidak PAS akan dilihat lebih cerdil daripada PKR.tindagakan PAS ,yang dikatakan parti tak cerdik oleh aziz bari ,adalah betul kerana akur dgn
Titah sultan.
Demi prinsip yang diperjuangkan PKR harus berani menghadapi pembunaran dewan. Kembali kpd
Rakyat untok mendapat mandat baru

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.