Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU TAK TERIMA DERHAKA PULAK PADA SULTAN, AKHIRNYA PAS JUGA JADI MANGSA

Tolak Atau Terima Jika PAS Dipilih MB Selangor?


Ahli PAS mahu parti tolak jawatan MB Selangor

PAS mesti menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor sekiranya jawatan itu diberikan kepadanya, kata seorang pemimpin akar umbi dari Perlis semasa muktamar parti hari ini.

Wan Kharizam Wan Khazim berkata PAS mesti berpegang teguh kepada prinsip integriti yang merupakan kekuatannya dan berpegang kepada janjinya terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu kerusi menteri besar Selangor milik PKR.

"Ada kemungkinan jawatan itu diberi kepada PAS. Tetapi kita sudah janji, jawatan itu untuk PKR. Jadi, saya minta persidangan ini buat satu pendirian rasmi yang PAS akan tolak jawatan itu seperti yang kita umumkan pada 17 Ogos," katanya.

Penganalisis berkata cara PAS menangani krisis menteri besar Selangor menyebabkan orang ramai mula hilang kepercayaan terhadap parti berusia 63 tahun itu.

Ini berikutan keputusan yang berbeza-beza diambil dalam hal berkaitan isu itu dan tentang siapa yang selayaknya dicalonkan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan yang dibuatnya menggoncang hubungannya dengan rakan dalam PR dan menimbulkan spekulasi PAS akan meninggalkan gabungan parti pembangkang itu.

PKR dan DAP kedua-duanya menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Tetapi di dalam PAS, sebahagian daripada mereka mengiktiraf Dr Wan Azizah atau timbalannya Mohamed Azmin Ali, sementara sebahagian lagi mencalonkan 3 nama lain yang diberikan kepada Sultan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menafikan beliau turut mencalonkan seorang pemimpin PAS Selangor untuk jawatan itu.

Terdapat kebimbangan dalam parti itu yang menteri besar Selangor daripada PAS tidak akan diterima kerana ia bertentangan persefahaman yang dicapai memutuskan kerusi itu milik PKR.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata sekiranya pemimpin PAS dilantik menteri besar Selangor, dia tidak akan dapat bertahan lama.

"Sekiranya DAP dan PKR tidak bersetuju dengan menteri besar yang dipilih, Selangor akan jadi kerajaan negeri sementara," katanya.

Seorang lagi perwakilan mengulang kenyataan Mohamad semasa muktamar hari ini, menyeru PAS menolak jawatan menteri besar Selangor itu.

“Kita mahu satu usul tergempar dibentangkan yang menegaskan PAS menolak jawatan menteri besar Selangor atas semangat solidariti dengan rakan kita dalam PR.

"Sekurang-kurangnya kita boleh beritahu rakan kita yang kita menolak jawatan itu. Tetapi, sekiranya Sultan memilih calon PAS juga, apa boleh kita buat?,” katanya. -TMI




Terima saja keputusan Sultan Selangor walau PAS terpilih

BATU PAHAT, 19 SEPT: PAS digesa menerima apa jua keputusan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor baharu sekalipun pemimpin parti itu terpilih.


Perwakilan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, ini termasuk sekiranya Sultan Selangor memilih pemimpin PAS bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


“Siapa saja yang dipilih oleh sultan, kita terima. Kita akan terima walaupun ada pandangan yang kata jika pimpinan, sultan pilih PAS kena bantah, kenapa?


“Kalau sultan pilih kita, sudah tentu kita akan pertahan. Kita minta semua rakan kita mengukuhkan PR dengan terima pilihan itu,” kata perwakilan Terengganu, Mohd Nor Hamzah pada sesi perbahasan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, hari ini.


Ia berlawanan dengan gesaan Perwakilan Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim yang menggesa muktamar membuat ketetapan supaya menolak jawatan Menteri Besar Selangor jika ia diberi kepada PAS.


Katanya, gesaan itu sebagai menunjukkan PAS sebuah parti yang berpegang pada janji dan mempunyai nilai integriti di mana sebelum ini parti telah memutuskan kerusi itu diberikan PKR. -selangorku

6 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau dah tua bangka, jangan pula otak yang kemetot itu ditutup pula dengan periuk. Kat Perak selepas PRU12 dahulu tak takut pula derhaka kat Sultan? (Sultan itu bekas Ketua Hakim Negara pulak - Ayah Kepada Tku Nazrin - berpendidikan tinggi perundangan). Di Selangor takut derhaka pula? (Sultan kelulusan apa? Universiti Kavitar Kaur -Utah dan anak beliau Universiti Stout & Brandi)....Islam lah tu?

Basar said...

Derhaka bila Pas sebagai parti pernah derhaka.
Jika ahli menderhaka macam khalid samad itu pandangan individu.
Pas sebagai sebuah parti belum pernah menderhaka seperti dap dan pkr yang terang jelas di chop sebagai penderhaka oleh DYM.

Basar said...

Hebat pasmas nih, ada wahyu turun kat depa kot.
Dewata ketum ada malaikat pi ka.
Boleh tau sapa yang bakal dilantik sebagai mb.
Siap suruh buat usul tergempar.
Pekak gamaknya pasmas atau sibuk berfb, berwhatsapps sampai tidak dengar bahawa pas hanya ikut tahlul siyasi selagi mana tidak melanggar hukum syarak.

Derhaka kepada titah DYM yang tidak menjurus kepada kemungkaran adalah melangari hukum syarak maka terbatal bab tahlul siyasi di bab menolak jika dilantik.

Begitu juga mat sabu, adakah ada malaikat menurunkan wahyu kepadanya memberitahu jika adun pas dipilih maka tidak kekal akan adun itu sebagai mb.

Jika tidak mengapa mengada-adakan cerita dongeng.
Apakah abang mat sabu tidak faham bahawa Hak Mutlak Allah S.W.T kepada siapa Allah S.W.T berikan kerajaaan atau kekuasaan tanpa hisab tanpa sebab tanpa dilobi.

Jika adun pas dilantik walau sekejap mana dia menjadi mb bukanlah di atas kehendak, kekuasaan malah penglobian yang dilakukan namun kerana itu adalah Kehendak Allah S.W.T.

Jika abang non boleh lawan Kehendak Allah S.W.T kami semua angkat tangan dan kaki. Sebab apabila firaun mengaku tuhan iblis pun lari.

Abang mat sabu nak join firaun ke.... Abang non memang dah join sebab tidak mau terima Ketetapan Allah S.W.T. Kita usaha, doa dan berharap.
Jika tidak dapat akur terima.

Anonymous said...

Usah keluh kesah siapapun yg jd mb.. wajib kerja keras spt tski.

Anonymous said...

Anom 8:56 sape yg gila dan lompat parti masa diperak...pkr juga...sape lwn sultan ..pkr juga..sultan perak dgn selangor x Sama...cuba kau kaji betul2...bukan masalah ngaji tinggi @ rendah. Kalau kau faham bagus lah kalau x faham...sah kau bengong

pakcu said...

Ini kerja mentua Din Ayam. Klau tak antar nama bgmana sultan nak pilih

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.