Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KANTOI KE ?


Rabu, 3 September 2014

Dakwat Tidak Kekal: Tiada lagi saksi dalam kes Mejar Zaidi, pendakwa kini cari media


Selepas 7 saksi, pendakwaan dalam kes perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad hari ini meminta mahkamah lebih masa untuk mengesan wartawan yang melaporkan kenyataan yang dibuat beliau berkenaan dakwat kekal yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
 
Mereka dalam usaha mengesan wartawan akhbar China bagi memanggil mereka sebagai saksi untuk berita yang mengatakan dakwat kekal yang dicalit di jari Zaidi mudah hilang apabila dibasuh.
 
 Zaidi, 45, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera mengenai penggunaan dakwat kekal pada tahun lepas.  
 
Pegawai yang berpengkalan di TUDM di Butterworth, turut mengaku tidak bersalah terhadap 3 tuduhan lain - kerana membuat kenyataan media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan menghantar dua SMS yang bersifat politik .
 
 Pihak pendakwa raya berkata mereka mengambil keputusan memanggil saksi baharu kerana banyak nama dalam senarai saksi mereka dipotong selepas mendapati kenyataan mereka tidak lagi "relevan." Peguam bela Mohamed Hanipa Mydin berkata hujah pihak pendakwaan kabur tetapi gagal mendapatkan kebenaran untuk ia ditolak. 
 
 "Pihak pendakwa raya mempunyai masa yang cukup mengesan pemberita. Ini sepatutnya dilakukan lebih awal. Sejauh mana mereka yakin mereka boleh mengesan wartawan itu sekarang? Sekarang ini mereka tidak mempunyai nama langsung," kata Hanipa. 
 
Panel 6 anggota mahkamah tentera diketuai Kolonel Saadon Hasnan, bagaimanapun membenarkan permohonan pendakwaan dan memberi pasukan itu sehingga 12 September merangka satu senarai baharu bakal saksi. 
 
Saadon juga menetapkan kes disambung semula pada 13 Oktober dan memerintahkan pihak pendakwa menyampaikan hujah penutup dan penggulungan jika mereka gagal mendapatkan senarai saksi baharu. Saadon tidak berpuas hati dengan hujah dari kedua-dua pihak hari ini dan memanggil pembelaan dan pendakwaan menghadap hakim untuk berunding.
 
 "Mahkamah membuat keputusan untuk berlaku adil kepada khidmat ini dan tertuduh, pendakwa raya mempunyai sehingga 12 September menyiapkan senarai bakal saksi kepada panel dan juga peguam," katanya selepas perbincangan dengan ahli panel yang lain sebelum menangguhkan sesi perbicaraan. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.