Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NADA SUMBANG DALAM JAMA'AH ISLAM

Pak Karamu nak bagitahu bahawa dalam Pas tiada golong-golongan, di dalam Pas ada pimpinannya dan ada ahlinya, yang mengujudkan istilah golong-golongan di dalam PAS ini ialah mereka yang merasakan terpelajar dari ilmu sekular, mereka merasakan diri mereka lebih pandai dan bijak di dalam berpolitik, dan lebih bersifat moderan daripada golongan ulama, yang berketayap, yang berkain, yang bergamis yang mereka anggap sebagai ulama kampungan 
 
Bagi Pak Karamu golongan yang menjadi pemimpin didalam jama'ah PAS adalah golongan yang berkemampuan memimpin, jika mereka dikatakan ulama maka mereka pewaris nabi, menyambung tugas nabi, demikian juga golongan prfesional, kerana ulama dan profesional semuanya adalah keturunan nabi belaka, sementara ahli jama'ah juga berketurunan nabi belaka  pucuk pimpinan PAS mengharapkan  setiap ahli dapat memikul dasar parti
 
PAS dan ahlinya ada yang cerdik dan ada yang kurang cerdik, ada yang aktif dan ada yang tidak aktif, yang aktif inilah yang selalu diperhatikan oleh helang kerana helang memang suka makan menyambar, apabila ahli-ahli PAS yang cerdik ini sering di intip maka IBU atau BAPA  mereka mula berwaspada, akan tetapi tidak mampu mengikuti langkah  kemana mereka akan bepergian
 
Menyedarai akan golongan cerdik ini telah dikawal, maka HELANG MULA MEMBERIKAN TAKLIMAT SECARA JELAS ATAU SECARA SEMBUNYI. "KAMU TINGGALLAH DENGAN PAS DULU, BERHATI-HATI DALAM MELAKUKAN OPERASI, NANTI BILA KITA BERJAYA KAMI TAHULAH NAK LANTIK KAMU JADI  ITU DAN INI"  kERANA ITULAH GOLONGAN INI SELALU MENDAHULUI PCUK PIMPINAN PAS PUSAT   - Pak Karamu                                                               
 Awas kemunculan 'golongan baru' dalam Pas
  • Khalid Abdul Samad Khalid Abdul Samad
1 / 1
BAGI saya, sebagai seorang yang telah berada dalam Pas selama 30 tahun lebih, saya melihat Pas sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah dihadapi sebelum ini.
Saya sebenarnya lebih selesa berhujah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun. Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnya golongan baru, yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan Pas dalam membawa mesej Islam.

Mereka merupakan muka baru yang muncul kebelakangan ini, iaitu pada tahun-tahun akhir 90an dan awal 2000. Tindakan mereka dilihat tersusun dan mengikuti strategi tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu.

Matlamat di sebalik strategi yang sedang dilaksanakan adalah supaya pendekatan inklusif yang digunapakai sekian lama oleh Pas sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama akan ditukar dengan pendekatan yang lebih syadid dan tertutup.

Ke arah tercapainya matlamat ini maka beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka. Saya menamakan strategi ini ‘Langgar Golongan Profesional’.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Khalid tak belajar sejaraj pas kot. Bukan kaj ditubuh oleh golongan ulamak yang tak bersetuju dengan dasar umno? Maknanya serpihan umno.golongan ulamak dan pro ulamak yang menjadi pendokong pas selama ini.
Selama ini golongan yang mengelar diri merela profesional masih menjilat umno atau berada sebagai penonton.
Diakhir akhir ini apabila pas semakin kehadapan barulah golongan ini menyertai pas secara aktif.tapi rupanya.golongan ini sebenar ada peranvangan untok menghancorkan pas. Siapa taikonya? Sudah tentu anwar yang dari dulu dengki dengan pas.kerana dengan mengunakan flatform ABIM beliau gagal menguasai pas. Masok umno ,pun gagal.
Terpaksa guna teknik yahudi.menyerap masok orangnya kedalam pas.
Jelas ,kumpolan professional ini sebenarnya golongan baru.
APA PUN,KRISIS MB SELANGOR ,MEMBAWA HIKMAH YANG BESAR KEPADA PAS. KINI TERSERLAH SIAPA YANG MENJADI TALIBARUT UNTOK MENGHANCORKAN PAS .

Anonymous said...

hadi awang dan geng pro UG la tali barutnya

Anonymous said...

Adu domba, bagus la. Tepuk tangan umno.

Anonymous said...

Talibarut UG dlm pas yg menghancurkn pas sendiri..

Anonymous said...

Umno bn trbaekk

FIT said...

Umno bukan terbaik tp terbalik

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.