Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas: Unit Amal tak perlu daftar dengan ROS

  • Sebahagian pemuda Pas yang menghadiri Jambori Amal selepas majlis perasmian. Sebahagian pemuda Pas yang menghadiri Jambori Amal selepas majlis perasmian.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk pasukan Unit Amal Pas berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), demikian kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Jelasnya, adalah kerana pasukan itu ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda Pas Pusat melalui perlembagaanya mengikut fasa 54 (9)(d).

"Dalam perundangan, Unit Amal tidak perlu berdaftar dengan ROS kerana ia dibentuk di bawah Dewan Pemuda Pas.

"Mengikut fasa 54 (9)(d), Dewan Pemuda Pas boleh membentuk lajnah yang difikirkan perlu dan pelantikan ahli pula dibuat dengan persetujuan dalam mesyuarat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengatakan Unit Amal Pas bakal berdepan tindakan undang-undang kerana unit itu tidak berdaftar secara sah dengan ROS.

Isu itu timbul selepas polis menahan kira-kira 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos lalu berkata PPS tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Bagaimana dgn pakida, LINE 30, LINE 36 dan beberapa lagi....adakah mereka mendaftar dgn ROS.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.