Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KOMENTAR POLITIK




Selasa,  September 2014

Ketum : Apa Lagi Lu Mau..???


Ada orang kata gua kurang menulis artikel, gua kata jika lu nak baca blog lu baca blog FZT pasai apa yang gua tulis lebih kurang same jer. Cuma gua kat Selangar FZT kat Terengganu, itu jer bezanya. Nanti ada pulak macai Ketum tak puas hati dengan apa yang gua tulis nih dan ada gua kesah, lantak lu ler nak baca dan jika tak puas hati dipersilakan tunjuk kehebatan lu berpolitik dalam ruangan komen yang tidak ditapis. Gua bukan jenis kena tunggu kelulusan admin setiap komen yang diberikan walau pun pakai nama tidak dikenali. Gua bukan juga jenis syok sendiri bak kata sendiri tulis sendiri komen. Apa yang yang gua tulis tidak mewakili mana-mana parti politik kerana gua sendiri bukan ahli mana-mana politik. 

Cuma gua akan menulis bila ada pengkhianat yang mengkhianati presiden mereka sendiri dan duk dalam jemaah tetapi berketuakan Ketum. Untuk pengetahuan lu all gua mempertahankan TGHH dan TGNA bersebab biar pun gua bukan berada didalam jemaah PAS. Apa yang gua tulis adalah mewakili gua sendiri tanpa mengharap apa-apa imbuhan. Mungkin setelah ketiadaan 2 murabbi ini baru gua dedahkan kenapa gua beria-ria mempertahankan mereka.

Jika berlaku PRU, gua akan membantu memanjat dan menampal poster-poster. Bahasa kurang ajar dari gua tidak ada kena mengena dengan PAS. Dari IRC kepada JIM dan kemasukan pimpinan tertinggi mereka ke dalam jemaah PAS sudah lama menjadi penentangan gua secara total. Pencalonan Saari Sungib mewakili PAS benar-benar mengejutkan gua kerana gua tidak sangka bagaimana manusia yang bernama Saari Sungib boleh terlepas dari penilaian Majlis Syura PAS yang amat berhati-hati apabila berkaitan dengan lantikan calon.

Apabila PAS bersama dengan S46, gua amat tidak setuju malah bendera parti tersebut gua tidak sentuh kerana S46 adalah dari sisa Umno yang diharamkan oleh Mahathir melalui mahkamah dan penubuhan Umno baru adalah satu pembersihan besar-besaran Mahathir terhadap musuhnya dalam Umno. Di mana Ketum ketika itu?. Beliau berada didalam Team A bersama-sama Mahathir melawan Team B, regu Ku Li dan Musa Hitam. Bagaimana sikap Nuar terhadap PAS ketika beliau dikatakan orang paling berkuasa dalam Umno/BN melebihi bosnya sendiri.

Orang boleh kata, lupakan perkara yang lepas kerana ia sudah menjadi sejarah tetapi hati gua tidak boleh menerimanya. Pelanduk boleh lupa jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Ketum dulu dan Ketum sekarang yang tiada apa-apa banyak perbezaannya tetapi bagi gua Ketum dulu dengan Ketum sekarang semakin ketara perubahannya walau pun ramai terpedaya dengan sikapnya. 

Gua akui yang gua amat simpati apabila beliau dijatuhkan dan dibuang terus dari Umno dengan penuh keaiban tetapi renung sedetik apa yang beliau lakukan terhadap TSKI sama dengan apa yang beliau lalui. Langkah Kajang Selangkah Ke Putrajaya telah memperlihatkan kepada lu all siapa Ketum sebenarnya. Beliau selalu menjaja namanya sendiri dalam setiap ceramah jelajahannya dengan mengatakan yang beliau adalah calon tunggal untuk jawatan PM dengan sokongan 100 peratus dari PAS. 

Gua tak nafikan apa yang beliau katakan kerana ia sudah dimaklumkan dalam PR tetapi ia boleh berubah jika melihat krisis MB Selangor. Kita tidak di boleh menidakkan Qadha dan Qadar kerana segala yang berlaku ada hikmahnya. Lihatlah Langkah Kajang yang mana calon asal adalah Ketum sendiri tetapi terhalang dengan rayuan pendakwa raya di mahkamah rayuan di mana beliau dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan Azizah terpaksa mengantikan suaminya, Ketum.

Langkah Kajang bukan untuk menukar TSKI sebagai MB ianya hanya untuk memudahkan ke Putrajaya yang mana gua sendiri tidak faham apa kena mengena dengan Selangor yang sudah berada dalam genggaman PR. Peletakan jawatan Adun PKR atas alasan tidak mampu memberi khidmat kepada penduduk Kajang sedangkan adun itu pun belum diuji sebagaimana adun-adun lain. Akhirnya pecah tembelang yang beliau diminta meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Ketum dan Langkah Kajang adalah untuk menyingkir TSKI dari jawatan MB yang bakal diisi oleh Ketum agar senang Ketum nak beli MP-MP BN pasai tunai kerajaan Selangor yang TSKI simpan hampir RM4 bilion. 

Kenapa Ketum terhalang cita-citanya yang mana pakar-pakar strateginya sudah menyusun agenda-agenda yang disembunyikan daripada rakan Pakatan iaitu PAS dan DAP. Sebagai umat Islam yang yang berpegang teguh dengan keimanan yang dimiliki patut memikirkan dengan akal yang waras kenapa agenda Ketum terhalang. Apabila berlaku kecelaruan yang diciptakan 'Ketum and The Macai' terbongkar satu demi satu maka kambing hitam perlu dicari untuk menutup bangkai yang ditinggalkannya. 

Disinilah PAS menjadi mangsanya kerana memang dari awal lagi PAS kurang senang dengan perletakkan jawatan oleh adun PKR tanpa sebab yang munasabah. Bagi PAS ia banyak keburukan dari kebaikan disebabkan amanah rakyat marhaen berikan kemenangan kepada PR Selangor dengan penuh bergaya telah dipermain-mainkan. Sebagai rakan dalam PR, walau pun tidak bersetuju PAS terpaksa mengerahkan jentera, tenaga dan wang ringgit demi memenangkan calon PR.

Apabila TSKI diminta melepaskan jawatan MB untuk Azizah, TGHH, TGNA dan Majlis Syura Ulama PAS telah menyatakan sokongan mereka kepada TSKI. Sokongan yang bersebab telah membuatkan Ketum naik angin dan bermulalah tuduhan demi tuduhan terhadap PAS. Sokongan PAS kepada TSKI adalah bersandarkan Tahaluf Siasi kerana jawatan MB Selangor tetap diberi amanah kepada TSKI dari PKR dengan persetujuan bersama dengan PKR, PAS dan DAP. Adakah Azizah seorang yang layak memerintah sedangkan parti PKR sendiri tak terurus. PAS menolak bukan masalah beliau seorang wanita tetapi beliau akan menjadi MB boneka..... mengikut telahan gua ajer.

Ketum mula memberi signal kepada talibarutnya yang bersarang dalam PAS agar keluar dari sarang di mana keluar 2 ekor pengkhianat dalam sidang akhbar bersama Azizah. PAS dituduh mengkhianati perjanjian dalam PR sedangkan sokongan terhadap TSKI kerana beliau masih ahli PKR dan apa kesalahan beliau sehingga beliau diminta meletak jawatan sebagai MB Selangor yang disahkan oleh pimpinan PR. Dan PAS menyokong TSKI kerana kapasiti beliau ahli PKR. PAS dituduh memungkiri janji kerana tetap memberi sokongan kepada TSKI sebagai MB sehingga beliau dipecat.

PAS telah menyatakan tetap akan bersama dengan PR tetapi sikap gelojoh Ketum yang mengerahkan talibarutnya dalam PAS agar keluar memberi sokongan kepada bininya telah menyedarkan akar umbi PAS siapa pengkhianat yang bersarang dalam jemaah PAS. Tindak Dewan Ulama PAS Selangor membawa usul mengecam dan mengutuk tindakan dua adun PAS itu adalah tepat tetapi 2 ekor pengkhianat itu menyelar kononnya mereka tidak dipanggil untuk membela diri. 

Kalu dah bodoh buat cara bodoh jangan berlagak pandai, PAS Selangor mengusulkan kepada Badan Disiplin PAS Pusat jadi apa relevannya untuk memanggil mereka. Tunggu ajer ler bila pengkhianatan mereka kepada jemaah diadili nanti dan sementara masih ada masa, boleh ler suruh loyar Hanipa karang kertas kerja. Gua rasa sudah tiba masanya PAS mengkaji semula Tahaluf Siasi dengan PKR kerana banyak Ketum sudah mula keluar masuk ke dalam rumah PAS. 

Macai-macai Ketum akan kata PAS akan kehilangan banyak kerusi jika berseorangan, apa guna banyak kerusi jika jemaah yang diberi amanah mempermain-mainkan amanah. Adakah PAS sanggup menepikan dasar parti yang bersumberkan Al-Quran dan Hadist sebagai perlembagaan tertinggi demi imbuhan beberapa kerusi. Akar umbi sudah bersuara yang mereka sanggup menunggu kemenangan mutlak walau pun mereka tidak dapat merasainya tetapi sekurang-kurangnya legasi mereka dirasai oleh anak cucu mereka. 

Ketum a.k.a Nuar a.k.a. Anwar a.k.a. DSAI tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana kita telah dipertontonkan bagaimana sikap rakus, kuku besi dan diktator ketika beliau belum diberi kuasa dan bagaimana semasa beliau memangku jawatan PM selama 3 bulan sebelum beliau dijatuhkan. Arahannya mesti dipatuhi telah mula menunjukkan yang beliau masih tidak berubah sejak beliau menjadi ahli tong taik. Sebelum beliau masuk ke dalam tong taik semua rakan-rakan dalam gerakan Islam tidak menyetujuinya tetapi itulah si Ketum yang hanya beliau sahaja yang betul.

Bolehkah lu bayangkan jika ditakdirkan si Ketum benar-benar menjadi PM jika kawan yang menghulurkan tangan semasa beliau diaibkan pun beliau sanggup beliau tikam. Macai-macai Ketum siang malam dok ratib UG UG UG UG kat PAS, rupa-rupanya beliau dalam diam-diam berUG dengan Najib. Adakah lu masih ingin Ketum menjadi PM sedangkan ramai lagi yang layak dari beliau. Adakah PAS gila kuasa sepertimana di laungkan oleh macai-macai dan barua Ketum. 

Gua tak rasa TGHH ingin jawatan itu kerana gua kenal beliau sepertimana gua kenal ibubapa gua. Apa pun orang kata, lantaklah kerana itulah TGHH sanggup menjadi nelayan dari menjadi PM. Tidakkah amanah itu berat bagi yang tahu tetapi bagi barua Ketum bermacam-macam fitnah direka cipta demi nafsu serakah seorang yang bergelar Ketum. Gua tidak boleh lupa tindakan Ketum terhadap PAS semasa beliau berkuasa dulu.

/GANR

7 orang berkata:

Anonymous said...

yg ko lupa tanya/fikir tentang kegilaan ketum ni ialah- dah la pas bawa agama kebawah telunjuk sistem demokrasi lepas tu duduk belakang ketum lak tu..melulus kutukan kat sungip tu da la janggal tol bunyinya dlm agama..dh wat benda janggal alang2 asal x luluskan je kutukan kat ketom?sungip tu bilis ketom tu jerung ko g la bantai jerung tu...kenapa x nak?akunxda niat nak rendah2kan sesapa aku cuma kesian kat korang sedara mara aku..korang buangla rasa taksub seminggu ko akan nampak yg semua parti sama..samada sengaja sama atau x sengaja..mereka tetap sama sebab jalan demokrasi yg sama mereka parti2 semua guna ni buat mereka berperangai sama..kalo ye pun korang kecanduan..jgn sampai beriye2..yg binasa disebabkan perangai2 mereka nanti ialah korang pendokong2 parti jugak..bukan mereka,mereka semua org politik gaji besar2 org kaya..jgn jadi macai parti2 politik..

Anonymous said...

anon 12:25 boleh tubuh parti dia @ aku rasa anon ni puak2 syiah ni. Bercakap mcm org gila. Dia nak tubuh kerajaan sendiri...dlm Malaysia ni byk lg hutan,engkau boleh memerintah.bersama puak2 engkau.

Anonymous said...

ko tuduh la aku ikut suka ko..pantang aku x sokong parti ko,ko meracau mcm budak x dtg mimpi g...hehe.ko men2 tuduh sepantas kilat.. manada beza ngan umno,aku cakap ko ..ko jgn marah sbb aku x sokong mana2 parti termasuk partu ko..ko ni macai umno ke pas aku x leh nak beza sbb sama la hehe..macai mane 1 ni?

Anonymous said...

Kau x yah baca blok org berparti ni
Blok ni utk org berparti ja...kau buka blok www.kepalataik.com ..ini blok utk org yg x berparti mcm kau. Blok ni cerita bagaimana kepala taik nak keluar...

Anonymous said...

Kalau tak reti duk diam belajar dulu sebab kalau betcakap nampaklah kebodohanya malahan lebih bangang dari ahli umno

Anonymous said...

ko senyap la macai..ko macai apa ko tau..

Anonymous said...

ko macai parti mana?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.