Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK SETUJU BOLEH BERAMBUUUUUUS !


Friday, September 5, 2014

KALAU BETUL ANDA SAYANGKAN PAKATAN RAKYAT BACA ULASAN INI TANPA PREJUDIS...

Pakatan mesti bersetuju untuk tidak setuju

Subky Abdul Latif

Published: 5 September 2014

Apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana.

Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR. Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR.

Hatta dalam perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad dengan musyrikin Quraisy, ada yang mereka setuju dan tidak setuju. Pertama mereka setuju untuk mengadakan perjanjian. Bila setuju mereka merangka perjanjian. Pertama mereka tidak setuju ialah tajuk perjanjian. Saidina Ali yang merangka menyebut ia adalah Perjanjian Antara Nabi Muhammad dan Quraisy.

Musyrikin menolak tajuk rangka itu menggunakan kalimah Nabi Muhammad. Mereka mahu disebut antara Muhammad dan mereka saja. Nabi pun bertanya, apa beza antara Muhammad dan Nabi Muhammad? Kedua-duanya adalah orang yang sama.

Jawab mereka, mereka tidak menerima Muhammad itu Nabi. Kalau mereka setuju Muhammad itu Nabi dan Rasul, tidak mereka berada di sebelah menentang Nabi, tentulah mereka bersamanya. Nabi setuju padam kalimah yang dipersetujui itu. Saidina Ali enggan memadamnya, lalu baginda sendiri mengambil rangka itu dan memadam kalimah yang tidak disetujui.

Demikian juga DAP tidak setuju dengan konsep negara Islam dan hudud yang dirangka PAS sebelum kewujudan Pakatan Rakyat maka tiada ia disebut dalam perkara yang disepakati setakat ini. Daripada segi logiknya, jika mereka setuju dengan perjuangan PAS tentulah mereka menyertai PAS dan bersama dengan agamanya.

Jika demikian apa yang PAS tunggu? Maka teruskan dengan program dan strategi dakwah, bukan saja terhadap orang bukan Islam bahkan juga terhadap yang lahir sebagai Islam yang belum terbuka hatinya untuk beriman kepada perrintah itu.

Apa pun yang paling penting tentang muafakaat yang ada ialah bersetuju mengadakan muafakat bagi mengambil alih Putrajaya dan melakukan perubahan ke arah keadilan dan kebenaran dalam kerangka yang dipersetujui kita banyak perbezaan dan jangan perbezaan itu menghalang untuk mencari kebaikan.

Sedangkan gigi dan lidah lagi tergigit, maka kita tetap setuju gigi dan lidah tidak terpisah. Janganlah kerana takut lidah tergigit kita cabut semua gigi atau kita potong lidah.

Apabila kita tahu kita ada perbezaan, maka jangan kita fikir kitalah raja, kemahuan kita yang mesti diikut, kemahuan orang tidak diambil kira. Sedang sekarang raja pun mendengar rakyat, maka janganlah sesama rakyat hendak jadi macam raja zaman dulu. – 5 September, 2014.

9 orang berkata:

Anonymous said...

Sebagai rumusan.pakatan adalah satu muafakat. Dalam muafakat tiada abang dan tiada adik.tiada ayah tiada anak. Tiada taiko dan tiada balaci.
pas ,dap dan pkr mempunyai hak yang samarata dalam bersuara. Masing masing ada dasar perjuangan masing masing dan ada hak untok membuat keputusan sendiri.
Kalau pas mesti akur dengan keputusan dap atau pkr ,ini bukan muafakat. Ini bullying namanya.
Dan kalau ada ahli pas yang rela di perlakukan demekian ,silakan keluar daripada jemaah ini
Ahli pas majoritinya.tak rela mengadai maruah demi nafsu serakah anwar ibrahim dan napoleon dalam pas.
Kalau nak tau,usulkan dallam muktamar nanti ,kita akan lihat semada majoriti ahli pas bersetuju menjadi dalam pr atau tidak.

Anonymous said...

Takbir 3x..ahli pas tidak akan lari meninggalkan parti. Pkr boleh lari meninggalkan capati @ kari kalau ada habuan besar menanti.

Anonymous said...

Kita sokong tok guru kita tetap di belakang tok guru kalau pimpinan kata keluar pr kita keluar sebab demi islam kita tetap berjuang walau pun sendirian

FIT said...

Teguh bersama Ulama.... Itu pasti

Anonymous said...

Komen kelompok minoriti..

Anonymous said...

Mcai umno rupanya

Anonymous said...

Aku rindu dgn tgna dn almarhum ustaz fadzil..

Anonymous said...

Ulama yg ikhlas kami sokong..ulama yg lnggar perjanjian kami x sokong..

Anonymous said...

Ulama yg ikhlas kerana allah bukan ulama yg mengkhianati perjanjian dn sekejap begitu begini..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.