Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, September 3, 2014

DUN Selangor akan dibubar setelah semuanya siap sedia

RENUNGAN PETANG                                                                          
Selepas Sultan Selangor memberi tempoh yang tamat hari ini kepada parti-parti Pakatan Rakyat mengemukakan sekurang-kurang dua nama sebagai pengganti Khalid Ibrahim, kini semua orang sedang menanti apakah tindakan selanjutnya. Parti Pakatan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menentukan siapa jadi MB walaupun mereka mempunyai sokongan majoriti dalam Dun Selangor.
Keadaan ini agak anih dan berbeza, kalau Umno yang mendapat majoriti sudah pasti siapa pengganti Khalid awal-awal lagi sudah diketahui. Biasanya orang yang akan diberikan nama untuk diperkenan menjadi MB dibuat oleh presiden parti dan bukan pihak lain.

Inilah nasib pembangkang dalam negara demokrasi bernama Malayisa yang bersimbolkan abjabkan "tigatujuhkosong".

Bagi saya apabila sultan meminta lebih dari satu nama bermakna ia ada masalah. Nama yang dipersetujuan Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pasti akan ditolak. Penolakan itu tidak boleh dipertahankan lagi kerana ia tertakluk kepada soal adat dan budibicara. Budibicara kedudukannya lebih tinggi dari perlembagaan. Kalau orang negara demokratik mendengarnya mungkin ia mengatakan demokrasi kita gila.
Sebab itu saya katakan, tak payahlah pakar perlembagaan atau sesiapa bertermpik menegaskan yang perlembagaan sebagai perkara tertinggi, tetapi budibicara yang ada kepada sultan dan amalan sebelum ini akan mengatasinya. Sultan tetap sultan walau bagaimana sekali pun. Bagi sesetengah orang inilah rahisa kenapa institusi sultan dipertahankan, kononnya untuk menjadi penyelamat?

Kerumitan untuk menggantikan Khalid sebagai MB bukan sahaja terbatas setakat kedegilan Khalid sahaja, tetapi sudah ada kuasa atau tangan lain dalam diri MB bebas itu. Khalid hanya seorang Adun yang dirinya sudah ditumpangi hantu atau pun roh lain. Perangai dan saksyiah Khalid yang baik sebelum ini telah rusak bila dia dirasuk.

Seperti orang yang memelihara hantu raya pada saat nyawa dan jasadnya hendak berpisah. Walaupun badanya sudah lemah kerana tidak makan berbulan-bulan, tetapi dia masih ada kudrat dan kuasa kerana tubuhnya dimasuki unsur luar. Begitu juga dengan Khalid. Selagi unsur luar itu menumpang ditubuhnya ia terus hidup dan menjadi kuat dan bertahan. Sebenarnya apabila dia sudah hilang sokongan di DUN, Khalid telah pun tidak bernyawa lagi. Tetapi kenapa beliau masih bergerak, kerana ada hantu dalam tubuhnya.

Perkara ini sepatutnya difahami oleh semua orang yang beriya-iya hendak menurunkan Khalid. Patut fikir yang Khalid ada memelihara hantu raya. Tetapi kerana terlupa melihat akan perkara ini menyebabkan kerumitan menukar MB yang selalunya mudah itu menjadi rumit. Memang kematian orang biasa yang tidak diganggu hantu dan syaiatan senang, tidak nazak begitu lama. Bahkan sekali baca Yassin sahaja sudah go.

Firasat saya masih seperti awal-awal dulu. Bahawa kemelut di Selangor akan berakhir dengan pembubaran DUN Selangor. Hari ini pihak tertentu sedang membuat kajian dan soal selidik sejauh mana kesediaan dan peluang Umno kalau DUN dibubarkan. Pelan juga diatur sebaik mungkin bagi memastikan kalau pilihan raya semula diadakan, ertinya Umno sudah bersiap sedia. Kerumitan sengaja dinantikan untuk menghalalkan tindakan.

Boleh jadi Sultan akan memberi perkenan kepada nama dari Adun Pas. Dan bila nama ini diangkat dan menjadi MB, Adun ini akan ditentang dalam DUN dengan mengemukakan undi tidak percaya. Saat berlaku kekalutan inilah nanti pelaung terbaik untuk membubarkan DUN dibuat. Sandiwara ini sedang siap untuk dimulakan.

Jadi pendek cerita, penutup kata sebelum hendak melaram makan tea tarik, kata perintah untuk bubar DUN dibuat setelah semuanya sudah siap sedia. Jadi kalau hendak tahu bila kena tanya Umno sebab parti itu ada akses yang baik dengan kuasa penentu DUN dibubarkan. Pembubar DUN Selangor saya yakin diambil restu daripada Umno. [wm.kl.6: 20 pm 03/09/14]

3 orang berkata:

Anonymous said...

Memang umno akan sentiasa mengintai peluang untok merampas selangor. Dan tepat sekali kemelut ini tidak akan terjadi jika umno yg.mendapat majoriti kerana yang mentafsir undang undang ialah peguam negara. Kuasa di pusat akan mengatasi kuasa kuasa lain.
Nah sekrang terpulang kpd. Kerajaan ug selangor untok memberi peluang kpd.umno atau tidak.
Jika tidak,maka mereka harus terima siapa sahaja yang diplih oleh tuanku.
Jika ya. Silakan buat undi tak percaya.dan jika dun dibubar , pkr dan pas akan hilang segalanya.
Dap? Dap tak rugi apa apa.mereka masih mampu untok pertahan sekurangnya 10 kerusi. Dan dalam kerajaan mereka ada mca.
Bola dikaki pkr sekarang. Jika hilang selangor pkr akan terus lenyap. Pas masih boleh bernafas walaupun hanya sekadar sepertl sebelum ini.

Anonymous said...

PAS x de masalah..mencari redha allah x semestinya mng dlm pilihanraya.

Anonymous said...

Pas kalah pn xpa menang lagi bagus,sbb niat tu penting.. Bila msuk politik untk dpt kuasa dan boleh melaksana syariat islam dan hukum allah sahaja. Bila la hukum allah dpt dilaksanatkan dibumi malaysia ni..yg indah alamnya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.