Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, September 3, 2014

Jangan gaduh dalam Sekolah.. pesan Mahfuz kepada UMNO Pokok Sena..

Bukan untuk mencampuri urusan UMNO tetapi kata Datuk Mahfuz Omar, kejadian baling kerusi ketika Mesyuarat Umno Bahagian Pokok Sena baru-baru ini amatlah memalukan lebih-lebih lagi kejadian berlaku dalam kawasan sekolah tempat mesyuarat berlangsung.

"Saya tidak ada kaitan dengan kejadian itu tetapi bila berlaku dalam Parlimen saya, sampailah juga ke pendengaran apabila disampaikan oleh kawan-kawan.

"Bagi saya, kalau nak bergaduh, baling kerusi atau nak singkap kain ke bagi orang perempuan, janganlah buat dalam kawasan sekolah.

"Apabila diadakan di dalam kawasan sekolah tidak kiralah hari cuti, ia tetap akan jadi bualan anak-anak lebih-lebih melibatkan orang-orang tua yang bertaraf pemimpin," katanya.

Jelas Mahfuz, sepatutnya orang-orang tua menunjukkan contoh yang baik, bukan bergaduh sampai bertumbuk dan baling kerusi.

"Saya juga ingin minta bertanya Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimana mesyuarat UMNO Bahagian boleh diadakan di dalam dewan yang berada dalam kawasan sekolah?

"Kalau Pas mesti tak dibenarkan buat di sekolah tetapi tak kisahlah tu kerana kami tahu undang-undang. Cuma hairannya kenapa UMNO boleh buat mesyuarat di Dewan SMK Hutan Kampung, Alor Setar sedangkan terdapat banyak dewan lain yang diboleh dimanfaatkan untuk tujuan mesyuarat," soalnya. 

Ahad lepas, mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena kecoh apabila beberapa ahlinya bertindak kasar kerana sebab-sebab tertentu sehingga menyebabkan pergaduhan sehingga membaling kerusi dan bertumbuk.

Mesyuarat bagaimanapun diteruskan selepas insiden tersebut kembali tenang atas bantuan pasukan Rela. -





MalaysiaGazette  

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.