Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISLAM TIDAK MENJADI MULIA JIKA MEMBAKAR BIBLE


Thursday, October 9, 2014

Kebalnya Brehim; Alasan Yang Lebih Mencemarkan Islam!

Di manakah toleransi beragama?
Adakah selepas ini Gereja juga akan terima ancaman dibakar demi mempertahankan Islam dengan alasan memurtadkan ramai Penganut Islam dari golongan Melayu?
Kalau inilah alasannya Presiden ISMA juga akan terlepas?


'Islam tak dipertahan dengan ancam bakar Bible'
mk - 11:50AM - 9 Oct 2014

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan tidak mendakwa Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung ancamannya untuk membakar Bible bahasa Melayu kerana beliau "hanya mempertahankan kesucian agama Islam".

Ini kerana menurut beliau ajaran Islam tidak membenarkan perbuatan mengancam dan menindas agama lain.

"Saya fikir ini menunjukkan pihak berkuasa tidak bertanggungjawab dalam hal ini.

"(Membakar Bible untuk mempertahankan Islam) itu pendapat Umno atau menteri. Ia tidak pernah ditoleransikan. Pemahaman saya mengenai Islam adalah anda perlu hormati kepercayaan dan teks agama," kata beliau ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Anwar berkata demikian membalas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri semalam.

Menurut Nancy lagi, kata-kata yang diucapkan oleh Ibrahim adalah ditujukkan kepada individu-individu yang telah mengedar naskhah Bible yang mengandungi kalimah Allah dan juga tulisan Jawi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang, termasuk pelajar Melayu.

Nancy berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang bertanya mengapa Ibrahim belum didakwa.

Ibrahim dalam sidang akhbar di Pulau Pinang dilaporkan menggesa umat Islam supaya "merampas" dan "membakar" bible tersebut.

Anwar mengulas kenyataan Ibrahim sebagai mengejutkan dan tidak sepatutnya dipertahankan apatah lagi dengan alasan mempertahankan Islam.

Bahkan beliau mendakwa tindakan itu bermotif politik semata-mata kerana beberapa siri pendakwaan terpilih menggunakan Akta Hasutan kepada pihak tertentu sahaja.

"Anda sekarang dapat melihat mereka yang immune dari proses perundangan.

"Secara prinsip saya tidak bersetuju dengan sekarang tindakan (akta Hasutan) terhadap Pakatan atau BN kerana saya berpendapat ia undang-undang kuno, tidak relevan dan menindas, tetapi turut digunakan secara tidak konsisten," kata beliau. 

3 orang berkata:

Basar said...

Islam pada pemahaman anwar membenarkan liwat, lgbt, semua agama adalah sama, arak tiada masalah, memfitnah halal, menipu halal.

Sekarang apabila tiada sokongan pas maka anwar sibuk mengimport pak arab, pak indon dan mat salleh untuk membela kes liwatnya.

Anonymous said...

Bible kalau ada dijummpai dalam Bahasa Melayu sebaik-baiknya elok dimusnahkan sahaja.

Bible sedemikian hanya bertujuan untuk merosakkan minda.

Kalau nak baca Bible bacalah dalam bahasa Inggeris macam yang dilakukan oleh Ahmad Deedat atau Zakir Naik.

Anonymous said...

Betul tu. Dicetak dlm b.melayu tu memg nak mendakyah anak muda melayu islam

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.