Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO TAK SETUJU DENGAN PAS APA TNGGU LAGI BERAMBUS LA


Wednesday, October 8, 2014

Hanipa Maidin serang Presiden dan Majlis Syura? Ahmad Hakimi Othman



Hanipa Maidin serang Presiden dan Majlis Syura?


Ahmad Hakimi Othman

YB Hanipa Maidin masih tidak berpuas hati dengan tindakan muktamirin yang berani menolak ucapan beliau di Muktamar. Hari ini, MalaysiaKini telah mengeluarkan tulisan hanipa Maidin yang bertajuk "PAS badly needs to rejuvenate to stay relevant."

Dalam tulisan yang disiarkan MalaysiaKini ini, Hanipa cuba mengajak untuk dibuat perubahan dalam PAS kerana isu yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Nampaknya, Hanipa masih lagi beria ia untuk menyalahkan PAS dalam isu keributan Pakatan Rakyat yang disebabkan oleh rakan pakatan sendiri.

Beliau seolah olah hilang rasional untuk menilai segala masalah yang berlaku bukan datang dari PAS. Sama ada sengaja berbuat begitu ataupun tidak, Niat buruk Hanipa Maidin ini dapat dikesan dalam penulisan beliau tersebut. 

Beliau menuduh keputusan Flip Flop PAS, sedangkan yang membuat Flip Flop adalah dari DAP dan PKR. 

PAS tidak pernah membuat kerja Flip Flop, PAS membuat keputusan berdasarkan situasi Semasa. Namun Amat pelik, bagi Hanipa yang menjawat jawatan AJK PAS pusat, begitu berani mendakwa keputusan PAS adalah FLIP FLOP.

Dakwaan Flip Flop ini dicipta kepada PAS untuk beliau meletakkan kesalahan kepada kewibawaan TG Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama. 

Sebagai seorang Ahli PAS yang berpegang kepada Dasar Quran dan Sunnah, sepatutnya hujah untuk menolak keputusan TG Presiden dan Majlis Syura Ulama mesti ditolak dengan cara yang sama. 

Namun, ia tidak berlaku dalam penulisan Hanipa ini. Beliau terus menerus menggunakan kaedah serangan pendapat peribadi dan pandangan duniawi semata mata.

Kalau perkara ini dibiarkan menular dalam PAS, kita takut sedikit masa lagi, Budaya berhujah menggunakan Quran dan Sunnah akan hilang dari PAS. 

Dasar dan Prinsip hanya di atas kertas, akhirnya, Politik yang diamalkan bukan lagi Politik ISLAM tetapi politik sentimental dan demokrasi liberal yang semakin lama menyerang gerakan ISLAM seluruh Dunia.

Saya berpendapat, Tulisan Hanipa Maidin ini sebagai membuka langkah untuk memanjangkan konflik siasah dalam PAS tanpa merujuk kepada Quran dan Sunnah. 

Sebaliknya, tulisan ini bertujuan menghalakan konflik ini diuruskan dengan mengambil unsur unsur sekuler bagi menentukan halatuju PAS. 

Pastinya, Hanipa maidin tidak akan sekadar berhenti dengan tulisan ini. 

Saya kira, tulisan ini sebagai permulaan untuk menyempurnakan strategi rejuvenasi PAS yang dicanang canang oleh beliau. 

Dan pastinya, Perkataan Rejuvenasi yang diperkenalkan oleh Dr Mujahid rawa ini, sengaja pula dihidupkan oleh Hanipa maidin untuk memulakan satu gerakan dalaman yang mungkin membahayakan PAS.

Persoalan yang perlu kita Tanya, Apakah bentuk REJUVENASI itu mengikut Dasar dasar ISLAM? Atau sekadar untuk memenuhi citarasa politik sekuler golongan yang rakus.

Moga moga, seluruh Ahli PAS yang sayangkan PAS, turut memikirkan perkembangan yang berlaku ini sebenarnya boleh membahayakan perjuangan ISLAM yang menjadi Dasar PARTI PAS. 

Perjuangan kita bukan lagi perjuangan ISLAM, sekiranya Quran dan Sunnah tidak menjadi sumber hujah perjuangan Kita.

................
Penulis adalah Naib Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor

7 orang berkata:

Anonymous said...

Keja kt maidin..

Anonymous said...

Bosan la.

Anonymous said...

Minta pas buat pembersihan ahli... Kumpul mana yg tak setuju dgn dasar yg ada quran dan hadis.. Tarbiah mereka ini.. Klu x boleh jga ,ambil borang pkr suruh isi dan tukar parti.. Tapi dlm pakatan juga la.lpas tu boleh kalau nk kritik pun. Tak pun daftar pasma sbgai parti..boleh jadi ajk pasma.. Minta majlis syura buat pencerahan cuci pas yg ada kotor sikit.

Anonymous said...

Sesiapa yg tidak faham perjuangan pas,lebih baik keluar,makin lama dalam pas,makin merosakkan pas,jangan jadikan pas sama mcm parti2 sekular

Anonymous said...

Patutlah lama dah berjuang susah nak menang. Semua strategi utk kalah. Islam hanya modal peraih utk menang. Rasa syiok sendiri, perasan bagus dan cuba mengambil hak eksklusif islam. Ini semua ciri ciri munafik terpendam. Suruh dakwah bebal, orang tak ikut jemaah, dikatakan tak ikut islam. Berdakwahlah kat orang bukan islam dulu. Sedarkan mereka Allah tuhan esa, penguasa sekalian alam. Bukan tuhan utk melayu sahaja. Bagitau syurga neraka bukan untuk islam sahaja, umtuk semua manusia. Berdakwah tak boleh putus asa dan bebal. Dah sampaikan dengan penuh kebenaran serta kesabaran barulah berdemo. Serban bukan ukuran iman dan janggut bukan ukuran alim. Wallahu a'lam

Anonymous said...

Yg flip flop bukan Pas tapi puak ug.

Anonymous said...

Hoi bengong nabi hijrah kemadinah untok menubohkan negara kerana adanya negara baru adanya kuasa,dengan kuasa itu lah baru cakap didengar orang,kau pergilah tutup disco,kelab malam atas nama bengong kau tu kalau boleh,mungkin kau disembelih disitu juga agaknya,tapi kalau kau pergi atas nama kerajaan yg ada kuasa,mungkin lain sikit,kau pergilah dakwah cina bukit bintana itu bagitau dia keesaan allah,aku rasa kau balik tk sempat pun nk pakai seluar,bahalol betul

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.