Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MULUT CINA NIH KURANG AJAR, SENTIASA PANASKAN KEADAAN

Wednesday, October 8, 2014

Guan Eng mahu Ahli PAS yang menentang PR blah dan jangan jadi “talam dua muka”..


Di saat Pakatan Rakyat (PR) membasuh luka akibat krisis menteri besar Selangor, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan terus terang meminta ahli PAS yang menentang pakatan itu – menunjukkan diri, dan jangan menjadi “talam dua muka”.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, turut teruji dalam kerajaan negerinya apabila PAS Pulau Pinang cuba memperbaiki hubungan dengan pentadbirannya berikutan kritikan yang dilempar seorang ahli majlisnya.

Beliau berkata, perlu jelas siapa ahli PAS yang menentang kerjasama dengan PR bagi memudahkan gabungan pembangkang itu tahu dengan siapa mereka boleh bekerja dalam perjuangan menentang Barisan Nasional (BN).

“Ada dalam PAS yang mahu bersatu bersama PR. Ada yang tidak mahu.

“Kita hanya boleh bekerja dengan mereka yang mahu bersatu dengan PR.

“Saya rasa kita perlu ada pencerahan ini. Mereka perlu jelas pendirian mereka,” katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider di pejabatnya di George Town.

Lim berkata, ada pemimpin PAS yang menyokong kerjasama dengan PR untuk menawan Putrajaya.

Bagaimanapun beberapa insiden terbaru seperti krisis menteri besar Selangor dan Muktamar PAS bulan lalu mendedahkan ada sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang mempersoalkan sama ada kerjasama politik itu atau tahaluf siyasi, berbaloi untuk menjejaskan idea Islamik PAS.

Lim mendesak supaya kesetiaan terhadap PR ditunjukkan dengan jelas ketika ditanya sama ada pembangkang boleh diteruskan susulan perselisihan antara kepimpinan PAS dengan DAP dan PKR mengenai pilihan menteri besar Selangor.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak pilihan DAP dan PKR yang mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dan pada muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini, ada pemimpin dan perwakilan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap PKR dan DAP, dengan ada di antara mereka menyuarakan kemungkinan mengkaji semula ikatan dalam gabungan itu.

Pemimpin lain yang bercakap mengenai sokongan terhadap kerjasama dengan PR pula diejek.

PAS sendiri sekian lama bertarung dengan idea untuk memihak kepada Umno, parti yang menerajui kerajaan persekutuan BN. Topik “perbincangan bersatu” antara PAS dan Umno sering ditimbulkan dari masa ke semasa dalam parti Islam itu.

Lim berkata, sesiapa yang mahu bekerja dengan “orang lain di luar kerjasama” ada pilihan untuk berbuat demikian.

“Tetapi jangan jadi talam dua muka. Anda mahu bekerja dengan Umno, anda pergi dan kerja dengan Umno. Anda mahu kerja dengan PR, sila keluar dan tunjukkan keikhlasan anda mahu bekerja dengan PR,” katanya.

Beliau memberi amaran, alternatif kepada PR yang kukuh ialah kerajaan BN yang akan terus mendominasi.

“Dan kita tahu BN yang kuat dan PR yang lemah akan membawa bencana kepada rakyat,” katanya, memetik langkah kerajaan persekutuan memotong subsidi minyak baru-baru ini, dan berkata tindakan itu berlaku selepas krisis menteri besar Selangor dan kekalahan PAS kepada Umno dalam Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor.

“Saya rasa rakyat boleh lihat. BN yang lebih kuat bermakna kerajaan yang semakin menindas,” katanya.

Lim berkata, ini bukan pandangan peribadinya.

“Saya bukan bercakap sebagai setiausaha agung. Ini adalah keputusan parti,” katanya.

Lim berkata ada elemen dalam PAS Pulau Pinang yang menunjukkan mereka tidak berminat bekerjasama dengan PR.

“Anda tahu siapa anda,” katanya, tanpa mengulas panjang.

“Kita tidak boleh bekerja dengan mereka di dalam PAS yang menipu mengenai kerajaan negeri. Kita ada bukti hitam putih menunjukkan mereka menipu,” katanya.

Lim berkata Iszuree Ibrahim, ahli majlis PAS dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), menipu mengenai kerajaan negeri dan menyebabkan beliau ditolak daripada semua jawatankuasa ahli majlis.

“Dia menipu mengenai kerajaan negeri PR. Dia buat serangan dan dia menipu,” katanya.

Iszuree, bendahari PAS negeri mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung masalah tanah penduduk tempatan ketika berbahas di Muktamar PAS pada 19 September.

Ikatan antara PAS Pulau Pinang dan kerajaan negeri semakin goyah apabila rakan ahli majlis Iszuree dalam MPPP juga mahu beliau disingkirkan.

Satu delegasi yang diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bertemu Lim untuk memperbaiki ikatan antara mereka pada 2 Oktober.

Mujahid kemudiannya berkata, parti itu bertanggungjawab terhadap kritikan Iszuree.

Katanya, PAS mahu menyelesaikan perkara itu secara aman untuk memastikan PR kekal bersatu dan mampu mengekalkan kepercayaan rakyat.

Difahamkan Iszuree diminta memohon maaf secara umum terhadap kenyataannya itu.

Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS itu membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk kampung tradisional untuk pembangunan baru yang banyak berlaku di negeri itu.

Beliau berkata akar umbi mula bertanggapan pemimpin PR “pro-pemaju” berbanding mengambil berat terhadap kebajikan rakyat lapor The Malaysian Insider

8 orang berkata:

Anonymous said...

Jgn ikut org kafir cakap...org kafir kena ikut kita cakap...ini negara Malaysia bukan negara cina...islam agama rasmi..

Anonymous said...

Sebenarnya kalau BN kuat dan Pr lemah, bukan bencana kpd. Rakyat. Tetapi bencana kpd. Dap dan penyokong nya.
Sbb. Bn ditunggak oleh umno
Umno iti melayu.
Tapi Pr ,dap yang menjadi tunggak. Dan Dap itu cina. ( hanya 0.009 melayu)

Anonymous said...

Wak ni belah mana ha dah lama saya perhatikan ni.......

Anonymous said...

Awak ni umno berdengung

Anonymous said...

bila cina kapir bersuara.. nampak jelas kekafirannya dan akan ramai bangsa meeeeeeelayuuuuuu barua@broker akan menyokong cakap cina ni. sebenarnya cina tokong ni patut cakap 'mana-mana ahli PAS yg menyokong DAP PKR mesti keluar dari PAS.. berani tonjolkan diri menyokong DAP PKR secara terang... dan jadi ahli DAP PKR. mcm tu baru betul. biarla saari sungip ngan hasnul + khalid samad & the gang PASMAaaaaaaampus keluar PAS jadi ahli DAP PKR. Puak tu mampuih hidup semula pun takkan isytihar keluar PAS dan masuk DAP PKR... tadak peluang la jadi calon YB. DAP mampuih keras nak bagi kat orang Melayu jadi calon tempat kompom menang. tempat kompom kalah bole la.. ha haha ha. Bangang dah cina tokong ni. Lensa Pemuda Melayu dah rabun ka... nampak sangat pengampu tokong DAP PKR ni. Pemuda PAS... di mana pendirian kamu!!! Suhaizan ko faham ka apa yg cina tokong ni cakap??? Ulama' PAS... tak nak lawan ka statement cina tokong ni? Professional PAS... dlm diam korang sokong cakap cina tokong ni kan?!!!
DAP=UMNO=MCA=MIC=== RACIST TERAMAT!!!!
PKR=GERAKAN=PPP=== LIBERAL TERAMAT!!!
PAS???? Korang dok kat mana??! Dlm Islam tadak kroni anak-menantu... korang??? Jgn sayang menantu.. parti jadi sarang hantu!!!

Anonymous said...

Bn dgn Dap sama toksey ko isle belako..blh ko dap pun melayu akan jadi babi blh ko bn pun serupa..payah belako kapir dgn munafik..muka2 lebih...tak leh caya belako....

Anonymous said...

Dorang nie dh la dtg tanah melayu, tunjuk lagak plak bila Ada kuasa.. itu belum dpt putrajaya, sendiri mau ingat la rakan2 sekalian, semua bersatu dan kembali amalkan islam yg dibwk nabi kita yg kita kasihi dan SaYaNgI.

Anonymous said...

Anon 3.12.. BN DAN DAP. Serupa. Munafik dan kapir,sama sama tak sey ko isle.
Tapi demo lupa PKR JUGA ada puak kapir dan munafik. Yang cina dalam PKR Tak beza dgn. DAP
Yang melayu pulak sama UMNO. Spesies tula.
Hol berat nanangnyo , dalam PAS sendiri pun doh mula menular puak puak ini. Nak jadi munafik. Hok ni lwbih berat,kerana dok dalam.
kalau PAS lambat bertindak , taik DAP dan PKR hak puak ni dok jilat ,akan terpalit kpd. Pas. La ni pong dok mau doh.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.