Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ELOK LA TINGGALKAN PAS .....


Mengikut dasar yang ada pada PAS, bukan mudah  bagi setiap orang yang cenderung kepada islam untuk berjuang mengikut dasarnya, pokoknya kita tidak tahu apakah sebabnya diri seseorang itu menyertai  jama'ah PAS yang berdasar dengan dasarnya (al quran, hadis, ijma ulama dan qias), jika mereka mahu menyertai PAS atas dasar Islam maka mereka perlu berfikir dua tiga kali, jika mereka benar-benar mahu menjadi muallaf (cenderung kepada islam)

Selagi mana mereka itu masih cenderung kepada mabuk kuasa, kebendaan dan sebagainya maka mereka perlu menyertai DAP atau PKR, kerana parti itu lebih sesuai untuk tujuan tersebut. PAS hanya berjuang di dalam arena politik kerana ia mencari suatu jalan yang mudah untuk memperkenalkan islam, walaupun kadangkala diantara para pimpinannya terperangkap juga dengan cita-cita DAP dan PKR, (itu suatu yang biasa)

Dalam masa yang sama PAS tidak menafikan bahawa kuasa itu adalah suatu jalan untuk memperkenalkan islam NAMUN jangan sampai dasar yang di bawanya turut menjadi luntur dan tergadai kerana  merebut kuasa. Inilah yang berlaku sekarang di dalam PR, diantara mencari kuasa dengan memelihara dasarnya kerana mahukan kuasa, jangan sampai  kuasa itu bagai merebut bangkai yang sangat busuk yang turut membusukkan islam dan dasarnya - Pak Karamu

Wednesday, October 8, 2014


PANAS - Tamrin Ghafar Keluar Pas


Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar dikhabarkan akan meninggalkan parti Pas yang disertainya lebih setahun lalu, tidak lama lagi.

Desas-desus telah bertiup kencang sejak semalam mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya dua minggu daripada sekarang.


Adalah dipercayai Tamrin berbuat demikian berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertentu dalam parti itu yang sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutamanya berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sikap permimpin tertentu dalam Pas yang seolah-olah melihat rakan sendiri iaitu PKR dan DAP sebagai musuh berbanding UMNO sedangkan perjuangan PR ialah untuk menggantikan BN mentadbir negara ini dikhabarkan menyebabkan beliau merasakan berada di dalam Pas bagaikan tidak memberi banyak erti kepada perjuangannya.

Lantaran itu, Tamrin yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memutuskan pilihan terbaik baginya ialah meninggalkan Pas yang disertainya sebelum PRU 13 lalu.

Dikatakan juga, meskipun memutuskan meninggalkan Pas tetapi Tamrin tidak akan menyertai PKR mahupun DAP, malah tidak juga akan kembali semula menyertai UMNO.

Beliau dikhabarkan akan menjadi individu bebas yang tidak terikat kepada mana-mana parti lagi selepas ini.

Bagaimanapun Tamrin sehingga ini tidak dapat dihubungi untuk mengulas sejauh mana benarnya desas-desus beliau akan meninggalkan Pas ini. Telefon bimbitnya tidak dijawab walaupun dihubungi beberapa kali, malah pesanan SMS dan Whatsapp yang dihantar kepadanya juga tidak dibalas.

Sejak menyertai Pas sebelum pilihanraya umum lalu, Tamrin adalah antara penceramah yang aktif berkempen ke seluruh negara bagi memastikan PR memperolehi kemenangan dan mampu menewaskan BN. 

Dalam banyak pilihanraya kecil juga, penglibatannya hampir tidak pernah terkecuali.

Namun, sejak tercetusnya isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang telah menimbulkan kekalutan selama beberapa bulan sehingga akhirnya Sultan Selangor memilih Azmin Ali menggantikan Khalid Ibrahim, Tamrin berpendirian sama dengan kumpulan progresif dan profesional dalam Pas yang mahukan parti itu berpegang pada janji dan muafakat dalam PR.

Tindakan Pas yang berdolak-dalik, berubah pendirian dan akhirnya turut mencalonkan Adunnya sendiri dipercayai adalah antara punca berpanjangannya kemelut itu di Selangor sehingga meretakkan hubungan antara kumpulan ulama dengan profesional dalam parti itu.

Walaupun Pas, terutamanya kumpulan ulama mungkin mengatakan keputusan Tamrin ini tidak menjejaskan perjuangan parti itu tetapi haruslah disedari bahawa kekecewaan terhadap sikap Pas itu turut juga dikongsi oleh banyak kelompok lain dalam masyarakat sejak kebelakangan ini seperti kakitangan kerajaan, swasta, guru-guru, pekerja profesional dan sebagainya.

Semua mereka ini mempunyai jiwa Islam dan ingin melihat kemenangan Islam tetapi sikap yang ditunjukkan dalam kemelut di Selangor yang seolah-olah Pas mula "bermain mata" dengan UMNO bukan saja menyebabkan ada yang sudah tidak mahu lagi menyokong Pas, bahkan ramai juga yang enggan mengundi calon Pas dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain Tamrin, antara pemimpin UMNO yang telah menyertai Pas sebelum ini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib dan tokoh korporat daripada Pulau Pinang, Abdul Rahman Maidin.

Adakah mereka ini juga bakal mengikuti jejak Tamrin selepas ini?

-shahbudindotc

6 orang berkata:

Anonymous said...

Dia belum cukup tamrin( ujian ) lagi...

Anonymous said...

itu lebih mulia dari barua- barua yg merosakkan parti.. spt dua ekor barua tu!!!

Anonymous said...

nak membongak pun agak2 la..
ada ke jalan mudah nak bina agama..?(apetah lagi jalan sekular?)nak amal agama pun susah nak bina agama lagi susah...
udah2 ler membongak..
jika ada jalan mudah,insan yg berhak utk dapatkannya ialah nabi saw la..sebab masa tu sangat2 payah..berjuta kali ganda susahnya dr sekarang..
apakah Tuhan tak mau/x suka jika islam berkembang cepat/pantas waktu tu?
dulu Tuhan lupa nak bagitau nabi saw ada jalan mudah?nabi saw pernah di ofer kuasa sekular melalui pakciknya..nabi saw tolak..Allah lupa nak bagitau nabi suruh terima kuasa sekular tu ke?,sebab bila ada kuasa senangla bina agama dan musnahkan kafir..kan?kan?
sudah tentu Allah tidak lupa..yg lupa itu kita..
jalan kepada agama ialah agama.. ..
agama itu laluannya agama..
ada banyak nabi2 yg dlm usahanya membina agama tapi xda kuasa,xda kuasa memerintah,xda kuasa kerajaan,ada yg 1000 tahun bina agama x sampai 1000 org yg ikut pun ada..ada yg dahla xda kuasa,kena bunuh pulak sebelum agama berjaya terbina..
so mercu tanda keberjayaan agama itu ialah meraih kuasa?(apatah lagi di jalan sekular?)
mercu tanda kepada agama itu ialah "sanggupkah kita tak keluar dari jalanNya hingga ke akhirnya"..?
ada nabi yg kena bunuh.. x berjaya pun bina agama,apatah lagi meraih kuasa...
tapi "kukuh dia atas jalanNya"..dah pastinya dia org yg berjaya disisi Allah.
ini tidak kamu mengajak org "kukuh atas jalan sekular...."
kalo pakai sorang2 xpe ler jugak,siap ajak org ramai..
ish ish...
........lompat jgn x lompat.....

Anonymous said...

Elok la PAS keluar PR

Anonymous said...

Apabila PAS keluar Pakatan Rakyat, tidak semestinya menyertai BN, pemimpin-pemimpin PAS akan mendapat ganjaran hartanya benda, kereta mewah dan segala macam pangkat kebesaran. Presiden PAS akan diberikan jawatan di lembaga pengarah beberapa GLC serta mendapat gelaran Tun. Ahli Majlis Syura Ulama juga akan diberikan jawatan sebagai lembaga pengarah beberapa GLC. Semua mereka akan mendapat pingat Tan Sri dan Dato' Seri. Kereta mewah bakal menunggu. Ketua Pemuda PAS akan berceramah ke sana ke mari menaiki Mercedez Benz S500.

Sekiranya PAS terus bersama Pakatan Rakyat, apakah pemimpin-pemimpin PAS akan dapat? Pemimpin-pemimpin PAS hanya akan merasa elaun yang tidak seberapa dan berkenderaan kereta terpakai. Semua ini kerana dasar puritanisme ala komunisme DAP. Dengan PKR, orang seperti Rafizi akan menyekat kemewahan untuk pemimpin PAS.

Pilihan bijak ialah PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. Lebih bijak jika PAS menyertai Barisan Nasional.

Anonymous said...

Barisan nasional yg sertai pas sepatutnya.. Dan pas ada kuasa 2/3 parlimen dan akan meminda perlembagaan untuk laksana undang syariah hudud.. Undang2 yg dicipta oleh maha pencipta allah swt didalam al-quran untuk dilaksanakan dibumi malaysia.. Ha.. Masa 2 smua boleh insaf xda curi lagi..rogol anak dara lagi. Aman malaysia dibawah undang2 yg kuat syariah..amin semua selamat.. Bila cita2 pas untuk laksana hudud,kisas ni?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.